Archive for July 27th, 2009

July 27, 2009

Masjid besi menjadi koleksi terbaru masjid akhir zaman?

masjidbesiBERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid”.

H.R Abu Daud

Keterangan

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja

Hadis diatas mengambarkan masyarakat Islam di akhir zaman berlumba-lumba membina masjid tetapi ianya akan tinggal kosong tanpa pengisian. Terbaru masjid besi mungkin akan menjadi koleksi terbaru masjid di akhir zaman.
Persoalan yang timbul ialah kenapa dibina lagi masjid di Putrajaya sedangkan Masjid Putra tidak  berjauhan dengan masjid besi? Jarak masjid tersebut cuma 1 kilometer  dan penduduk putrajaya mempunyai 30 ribu sahaja.

Menariknya ada khabar angin mengatakan fungsi Masjid Putra  sebagai tempat ibadat bertukar sebagai tempat tarikan pelancongan . Jika ini benar maka kita sekarang betul-betul berada di akhir zaman seperti dimaksudkan oleh hadis diatas.  Semoga mendapat ikthbar daripada hadis diatas. wasalam.  

Masjid besi sudah 90 peratus siap

Masjid besi sudah 90 peratus siap

Pandangan Masjid Besi dari Masjid Putra

Pandangan Masjid Besi dari Masjid Putra

Masjid Putra

Masjid Putra

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.