Kedudukan terbaru ranking dunia pasukan bola sepak Malaysia adalah berada ditangga ke 139 dunia dan ke 25 Asia kenaikan sebanyak tiga anak tangga sehingga bulan ogos ini. Kedudukan tersebut tidak banyak memberi kelebihan kepada kita kerana masih ketinggalan kepada Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia.
Pencapaian memenagi pingkat emas pada temasya Sukan SEA di Loas tahun lalu tidak diambil kira dalam kiraan ranking dunia kerana ianya tidak diiktiraf sebagai perlawanan kelas A. Perlawanan Kelas A yang melibatkan Malaysia pada tahun ini hanyalah dua perlawanan iaitu menentang UAE dan Yemen.
Berikut adalah perlawanan kelas A melibatkan Malaysia sepanjang tahun 2009 hingga sekarang.
|
Tarikh |
Tempat | Lawan | Keputusan | Kejohanan |
| 21/01/2009 | Kuala Lumpur | United Arab Emirates | 0:5 (0:2) | Kelayakan Piala Asia |
| 12/08/2009 | Kuala Lumpur | Kenya | 0:0 | Persahabatan |
| 15/08/2009 | Kuala Lumpur | China | 0:0 | Persahabatan |
| 30/08/2009 | Riyadh | Saudi Arabia | 1:2 (0:1) | Persahabatan |
| 05/09/2009 | Amman | Jordan | 0:0 | Persahabatan |
| 11/09/2009 | Kuala Lumpur | Lesotho | 5:0 (2:0) | Persahabatan |
| 14/11/2009 | Tashkent | Uzbekistan | 1:3 (0:0) | Kelayakan Piala Asia |
| 18/11/2009 | Kuala Lumpur | Uzbekistan | 1:3 (0:1) | Kelayakan Piala Asia |
| 06/01/2010 | Dubai | United Arab Emirates | 0:1 (0:0) | Kelayakan Piala Asia |
| 27/02/2010 | Kuala Lumpur | Yemen | 1:0 (0:0) |
Persahabatan |
Daripada sepuluh perlawanan terakhir Malaysia hanya mampu menang sebanyak 2 kali, seri sebanyak 3 kali dan kalah sebanyak 5 kali. Sejak ranking dunia diperkenalkan pada tahun 1993 pencapain terbaik kita adalah berada di tangga ke 75 pada tahun 1993.
Jika dibandingkan dengan pasukan jiran kita iaitu Thailand sepanjang tempoh yang sama mereka mempunyai 16 perlawanan kelas A. Lebih membanggakan perlawanan persahabatan mereka melibatkan tiga pasukan yang layak ke Piala Dunia iaitu menang ke atas New Zealand 3-1, kalah kepada Denmark 0-3 dan kalah kepada Afrika Selatan 0-4.
Diharap barisan terbaru FAM mampu melihat lebih mendalam pencapaian bola sepak negara kita dengan menggadakan perlawanan persahabatan yang berkualiti. Tujuan utama mengadakan perlawanan persahabatan bukan sahaja mampu menaikan ranking tetapi yang lebih penting pendedehan pasukan Malaysia di peringkat global sekurang-kurangnya menjadi jaguh Asia Tenggara.

