Archive for ‘info segar’

January 4, 2011

Malaysia saksi kelahiran bintang Thierry Henry. Malaysia bila lagi ?

Siapa tidak kenal dengan Thierry Henry, seorang pemain lincah kelahiran Perancis. Dia juga membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 1998, Juara Piala Eropah 2000 dan Naib Juara Piala Dunia 2006. Sedarkah kita dia juga pernah beraksi di Piala Dunia Belia 1997 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.

Selain daripadanya Perancis juga melahirkan beberapa lagi pemain ternama dalam skuad Piala Dunia Belia 1997. Nama seperti Willy Sagnol, William Galas, Nicolas Anelka dan David Trezeguet sudah tidak asing lagi di Eropah dan dunia. Selain daripada Perancis, Argentina juga melahirkan beberapa bintang dalam kejohanan yang sama seperti Juan Roman Riquleme dan Pablo Aima.

England juga melahirkan tiga bintang pada kejohanan tersebut. Mereka adalah Matt Upson yang menjaringkan gol tunggal England ketika tewas 4-1 kepada Jerman dalam Piala Dunia 2010, Michael Owen bermain untuk negaranya sebanyak 89 kali dengan menjaringkan 40 gol dan Jamie Carragher pemain bintang Liverpool.

Malaysia bila lagi ? Nama bekas-bekas pemain pada kejohanan tersebut tidak pernah kita ketahui. Adakah mungkin pembangunan bola sepak Malaysia ketika itu ada banyak kepincangan ? Sudahkah kita belajar daripadanya ?

Syabas dengan Keberanian K.Rajagobal menurunkan pemain muda pada kejohanan Piala Suzuki AFF adalah wajar sekali dan membanggakan. Mereka juga telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kita akan melahirkan bintang bola sepak sedikit masa lagi. Adalah menjadi harapan penulis untuk meneruskan program pembangunan mereka. Jadikan skuad Piala Dunia Belia 1997 sebagai penggajaran.

Malaysia merupakan kuasa besar dalam bola sepak Asia sekitar 50an, 60an, 70an dan awal 80an. Kita juga pernah mewakili Asia pada Sukan Olimpik 1972 di Jerman Barat dan 1980 di Moscow. Penulis berharap skuad kendalian K.Rajagobal ini akan mengembalikan maruah dan kejayaan Malaysia yang pernah kita kecapi satu masa dahulu.

Malaysia juga perlu mencontohi Ghana sebuah negara dari Afrika yang mempunyai pembangunan bola sepak yang cemerlang. Ketika Piala Dunia 2010 mereka menghantar pasukan paling muda dengan purata umur 23 tahun. Mereka membuktikan kejaguhannya apabila mengakhiri kempen Piala Dunia di Suku Akhir. Malah skuad belia Ghana juga menjuarai Piala Dunia Remaja 2009 sebagai pelapis.

Dalam kesempatan tiga hari cuti yang lalu penulis juga sempat menulis sebuah e-book untuk berkongsi kejayaan. E-book ini adalah sebagi cenderhati kepada Skuad Malaysia dan Penyokong Malaysia. Ianya boleh di muat turun di PIALA SUZUKI kini milik MALAYSIA

Akhir sekali penulis mengucapkan Tahniah ! Tahniah ! Tahniah ! kepada pasukan Malaysia dan penyokong Malaysia. Semoga Pasukan Malaysia akan beraksi pada pentas Piala Dunia satu hari nanti.

September 4, 2010

Hadiah Pak Lah untuk rakyat Kelantan?

Jambatan Sultan Yahya Petra

Pandangan dari Jambatan tepi Pasaraya Tesco Kota Bharu

Pengunduran Tun Dr. Mahathir pada tahun 2003 dengan memberi laluan kepada Tun Abdullah seakan memberi semangat baru kepada rakyat Malaysia. Auranya menular sehingga pada Pilihan Raya ke 11 apabila negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS hampir tumbang kepada BN. BN berjaya memenangi sebanyak 20 kerusi daripada 43 kerusi DUN hanya ketinggalan sebanyak 3 kerusi sahaja.

Rentetan dengan kemenangan tersebut Kerajaan pimpinan Pak Lah menghadiahkan sebuah jambatan kepada rakyat Kelantan pada 2 Ogos 2007. Projek jambatan tersebut adalah projek pembesaran jambatan sedia ada iaitu Jambatan Sultan Yahya Petra. Projek tersebut diperuntukan sebanyak RM150 juta dan dijangka siap pada penghujung 2009.

Namun begitu projek tersebut tergendala apabila gagal disiapkan pada tempoh masa yang di tetapkan. Ianya juga disenaraikan sebagai projek bermasalah untuk RMK9. Projek tersebut kemudiannya dilanjutkan setahun lagi sehingga Disember 2010 untuk disiapkan. Projek ini dibangunkan oleh RedLand Sdn Bhd yang mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO Tanah Merah. Masalah tersebut dikatakan berpunca daripada ketirisan wang kerana rasuah melibatkan pemimpin mereka.

Jambatan Sultan Yahya Petra

Pandangan dari Kg. Sireh (Pertemuan Jalan Hamzah – Jalan Sultanah Zainab )

Kemerosotan kerusi PAS pada PRU ke 11 sebenarnya mempunyai hikmahnya tersendiri apabila rakyat Kelantan dapat belajar bagaimana pengurusan kewangan di bawah kepimpinan UMNO. Kelewatan untuk menyiapkan jambatan tersebut menjadi ukuran kepada rakyat Kelantan. Lebih memburukan kelewatan tersebut ada kaitan dengan rasuah dan ketirisan wang. Namun begitu seluruh rakyat Kelantan berharap pembesaran jambatan tersebut dapat disiapkan mengikut jadual.

Tinjuan penulis pada bulan puasa ini mendapati kerja-kerja pembesaran tersebut amat perlahan kerana belum lagi ada tanda-tanda jalan bertingkat dinaikan. Hanya cerucuk tiang jambatan sahaja dinaikan. Memadangkan tempoh akhir siap penghujung tahun ini pada pendapat penulis jambatan ini mungkin mengalami kelewatan sekali lagi.

Jambatan Sultan Yahya Petra mula dibina pada tahun 1967 dan siap dibina pada tahun 1969. Jambatan ini merupakan nadi kepada penduduk Kota Bharu kerana menjadi penghubung terpenting antara jajahan Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu yang dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Penggunaan jambatan ini semakin hari semakin meningkat dan menghadapi kesesakan yang teruk kerana ianya hanya mempunyai dua lorong sahaja.

Jambatan Sulta Yahya Petra

Cabang Empat tepi KB Mall

Masalah tersebut dapat dikurangkan sedikit apabila Jambatan Sultan Ismail Petra disiapkan pada tahun 2003. Jambatan empat lorong tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan trafik kepada Jambatan Sultan Yahya Petra. Namun dengan arus pembangunan yang meningkat di bandar Kota Bharu jambatan yang besar diperlukan untuk menampung trafik yang meningkat.

Pembesaran Jambatan Sultan Yahya Petra amat-amat dialukan oleh rakyat Kelantan. Pembesaran tersebut melibatkan jalan sepanjang 811 meter yang dibina bersebelahan jambatan lama. Ianya juga melibatkan pembinaan jalan bertingkat yang menghubungkan tiga lokasi iaitu dari Pasir Pekan ke Bulatan Kijang, Jalan Hamzah ke Wakaf Siku dan Jalan Sultan Yahya Petra ke Jalan Dusun Muda. Setiap laluan akan mempunyai tiga lorong dan juga lorong khusus untuk motosikal dan basikal selebar 1.5 meter.
.

August 22, 2010

Pasar Ramadhan Putrajaya diserang penembak

Antara 10 hingga 20 penembak menyerbu Pasar Ramadhan Presint 2 yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Usia mereka dalam lingkugan 20an dan berpecah-pecah membentuk kumpulan atau berseorangan. Pengunjung pasar tersebut dianggarkan seramai 20 ribu dalam satu-satu masa dan tidak ada sesiapa pun tercedera setelah ditembak oleh penembak.

Penembak yang dimaksudkan adalah jurugambar-jurugambar amatur atau professional menyerbu Putrajaya. Sudah menjadi kebiasaan Putrajaya akan dikunjungi oleh peminat fotografi pada setiap hujung minggu. Oleh kerana ketika ini adalah bulan puasa tentu sekali mereka juga tidak akan melepaskan peluang merakamkan suasana pasar tersebut.

Putrajaya menjadi destinasi pengembar fotografi kerana mempunyai daya tarikan terutamanya pada taman-tamannya, bangunan-bangunannya, tasik buatannya dan paya buatannya. Mereka datang dengan gadget kamera yang bernilai antara RM1,000 hingga RM50,000 dan kebanyakannya adalah jenis DSLR.

Taman yang selalu dikunjungi adalah Taman Botani dan Taman Wetland kerana disini mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan binatang yang unik. Selain daripada taman, bangunan-bangunan kerajaan juga menjadi sasaran seperti bangunan Istana kehakiman, Perbadanan Putrajaya, Masjid Besi, Masjid Putra, bangunan Kementerian Kewangan dan banyak lagi.

Putrajaya mempunyai 9 buah jambatan merintangi tasik buatan putrajaya dan juga menjadi tarikan pengembar fotografi. Jambatan paling diminati adalah Jambatan Seri Wawasan dan Jambatan Seri Saujana.

Jika anda juga mempunyai kamera DSLR adalah digalakan untuk menembak di Putrajaya. Luangkan masa anda untuk belajar mendapatkan pemandangan yang cantik menerusi lensa anda dan dikongsi bersama. Semoga berjaya.

August 16, 2010

Bolasepak Malaysia masih jauh untuk dimudiki ke pentas Asia

Kedudukan terbaru ranking dunia pasukan bola sepak Malaysia adalah berada ditangga ke 139 dunia dan ke 25 Asia kenaikan sebanyak tiga anak tangga sehingga bulan ogos ini. Kedudukan tersebut tidak banyak memberi kelebihan kepada kita kerana masih ketinggalan kepada Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia.

Pencapaian memenagi pingkat emas pada temasya Sukan SEA  di Loas tahun lalu tidak diambil kira dalam kiraan ranking dunia kerana ianya tidak diiktiraf sebagai perlawanan kelas A. Perlawanan Kelas A yang melibatkan Malaysia pada tahun ini hanyalah dua perlawanan iaitu menentang UAE dan Yemen.

Berikut adalah perlawanan kelas A melibatkan Malaysia sepanjang tahun 2009 hingga sekarang.

Tarikh

Tempat Lawan Keputusan Kejohanan
21/01/2009 Kuala Lumpur United Arab Emirates 0:5 (0:2) Kelayakan Piala Asia
12/08/2009 Kuala Lumpur Kenya 0:0 Persahabatan
15/08/2009 Kuala Lumpur China 0:0 Persahabatan
30/08/2009 Riyadh Saudi Arabia 1:2 (0:1) Persahabatan
05/09/2009 Amman Jordan 0:0 Persahabatan
11/09/2009 Kuala Lumpur Lesotho 5:0 (2:0) Persahabatan
14/11/2009 Tashkent Uzbekistan 1:3 (0:0) Kelayakan Piala Asia
18/11/2009 Kuala Lumpur Uzbekistan 1:3 (0:1) Kelayakan Piala Asia
06/01/2010 Dubai United Arab Emirates 0:1 (0:0) Kelayakan Piala Asia
27/02/2010 Kuala Lumpur Yemen 1:0 (0:0)

Persahabatan

Daripada sepuluh perlawanan terakhir Malaysia hanya mampu menang sebanyak 2 kali, seri sebanyak 3 kali dan kalah sebanyak 5 kali. Sejak ranking dunia diperkenalkan pada tahun 1993 pencapain terbaik kita adalah berada di tangga ke 75 pada tahun 1993.

Jika dibandingkan dengan pasukan jiran kita iaitu Thailand sepanjang tempoh yang sama mereka mempunyai 16 perlawanan kelas A. Lebih membanggakan perlawanan persahabatan mereka melibatkan tiga pasukan yang layak ke Piala Dunia iaitu menang ke atas New Zealand 3-1, kalah kepada Denmark 0-3 dan kalah kepada Afrika Selatan 0-4.

Diharap barisan terbaru FAM mampu melihat lebih mendalam pencapaian bola sepak negara kita dengan menggadakan perlawanan persahabatan yang berkualiti. Tujuan utama mengadakan perlawanan persahabatan bukan sahaja mampu menaikan ranking tetapi yang lebih penting pendedehan pasukan Malaysia di peringkat global sekurang-kurangnya menjadi jaguh Asia Tenggara.

June 8, 2010

Modal RM100 Untung RM10,000 sebulan

Ini bukan skim cepat kaya atau program MLM tapi adalah satu permainan. Permainan ini adalah salah satu slot kursus saya pada dua minggu lepas. Penceramah kursus tersebut telah membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai 10 peserta.  Setiap kumpulan diberi tugas yang sama iaitu mendapatkan satu idea bagi menyelesaikan satu permainan iaitu Modal RM100 untung RM10,000 dalam masa sebulan.

Setiap kumpulan diberi masa untuk berbincang dan membentangkannya. Pelbagai idea telah dibentangkan seperti menjual air, makanan dan banyak lagi tetapi semuanya tidak tepat. Namun begitu hanya satu kumpulan sahaja yang berjaya menyelesaikanya dengan betul.

Kumpulan itu membentangkan idea tersebut dengan membahagikan keuntungan yang ingin dicapai sebanyak RM10,000 kepada setiap hari. Jadi keuntungan sehari yang perlu dicapai hanyalah RM333. Kemudiannya mereka membahagikan keuntungan sehari kepada jumlah peserta bagi kumpulan tersebut yang akhirnya hanya RM33.30 sahaja perlu dicapai untuk setiap peserta. Dengan jumlah yang kecil tersebut tentu sekali setiap peserta dapat memberi komitmen yang tinggi bagi mencapai sasaran bulanan mereka.

Konsep yang sama juga telah digunakan oleh perunding Takaful atau insuran bagi merealisasikan sasaran mereka. Mereka hanya perlu mencari seorang pelanggan sahaja sehari untuk mendapat komisen sebanyak 25 hingga 35 peratus bagi setiap polisi dan bermodalkan air liur sahaja.

Mungin bagi sesetangah orang cara tersebut agak sukar untuk dicapai namun begitu empat jutawan dibawah telah membuktikan modal perniagaan yang kecil bukan penghalang kepada kejayaan mereka.

1. Fred De luca – pengasas restoran Subway

Beliau adalah bilionare yang menjadi pengasas kepada restoran sandwich fracis subway yang terkenal. Pada usia 17 tahun beliau telah meminjam $1,000 dengan rakannya, Peter Buck untuk membuka gerai sandwich dengan nama Pete’s submarine sempena nama kawannya. Kemudianya beliau menjadikan perniagaanya berkembang maju atas nama Subway. Dengan hanya bermodalkan $1,000 pada tahun 1965 sehingga Oktober 2008 perniagannya memiliki 31,000 francis di 91 negara serta mengasilkan jualan sebanyak $9 billion setahun.

2. Alex Aguila dan Nelson Gonzalez – Alienware

Pada tahun 1996 komputer industri mengalami kemerosotan kerana mendapat tekanan daripada jualan komputer klon. Margin keuntungan yang kecil semakin mengecil. Namun begitu Alex dan Nelson Gonzalex masih percaya dengan jualan komputer masih ada ruang untuk berjaya dan menjual lebih mahal daripada komputer berjenama. Mereka memasarkan komputernya kepada peminat Hardcore gamers. Dengan bermodalkan sebanyak $10,000 mereka telah memasang komputer yang berkapasiti tinggi khusus untuk Hardcore gamers dibawah syarikat Alienware. Usaha mereka akhirnya berjaya apabila pada tahun pertama sahaja syarikatnya memperolehi sebanyak $80,000 dan meningkat saban tahun sehingga mereka memperolehi $250 juta pada tahun 2006.  Pada tahun tersebut juga mereka telah menjual syarikat mereka kepada Dell dengan harga $100 juta.

 3. Mike Domek – TicketNow

Mike Domek sudah lama aktif dengan menjadi orang tengah untuk mendapatkan tiket konsert, sukan dan banyak lagi hanya mengunakan telefon. Pada tahun 1992 beliau mengambil keputusan untuk menjadi broker sepenuh masa dengan bermodalkan $100. Pada tahun 1996, beliau akhirnya menubuhkan TicketNow sebuah website yang menjadi orang tengah menjual tiket. Dalam tahun 2005, beliau telah mempunyai 200 pekerja dengan jualan sebanyak $100 juta. Seperti juga Alienware beliau juga menjual syarikatnya pada penghujung 2008 apabila TicketMaster membelinya sebanyak $265 juta.

4. Annita Roddick – The Body shop

Anita Roddick memulakan perniagaan penjagaan kulit pada tahun 1977 dengan pinjaman bank sebanyak $6,800. Beliau menghasilkan produk penjagaan kulit yang unik hasil campuran pelbagai ramuan bersama anakya di rumah. Pada permulaannya beliau mengalakkan pelangganya membawa botol yang sudah habis untuk diisi semula dengan harga diskaun untuk menurunkan kos . Pada tahun 2004, the Body Shop mempunyai 1980 rangkaian dan mempunyai 77 juta pelanggan seluruh dunia. Pada tahun 2006, L’Oreal telah membeli The Body Shop dengan harga $1 billion.

Kesimpulannya, modal besar bukan menjadi kejayaan sesautu perniagaan tetapi strategi yang baik membolehkan sesautu perniagaan berjaya. Permainan diatas adalah salah satu contoh strategi untuk berjaya dengan bermodalkan kecil.

June 6, 2010

Cuti sekolah kompang mula dipalu!!!… renjis-renjis dipilih…

Musim cuti sekolah kembali lagi maka musim kenduri kendara juga turut bermula. Pelbagai jemputan akan diterima sama ada daripada kawan-kawan, rakan-rakan sekerja atau sanak-saudara. Maka pada bulan ini jugalah katering, jurugambar, kedai pengantin, mak andam dan perkhidmatan sewa khemah mula mengatur strategi untuk menjayakan majlis-majlis kahwin yang telah ditempah.

Sebagai orang yang dijemput adalah menjadi tanggungjawab untuk menghadiri setiap majlis yang dijemput. Bukan sahaja untuk memeriahkan majlis tetapi untuk mengenal pasangan pengantin supaya tidak menjadi cerita-cerita yang tidak sedap didengar seperti fitnah atau umpat-mengumpat.

Aku rasakan kisah kawanku ini boleh dijadikan tauladan apabila untuk menghadiri Majlis Kahwin. Cerita bermula pada tengah hari tadi apabila aku menerima panggilan telefon dari kawan lamaku untuk berjumpa denganku kerana berkebetulan datang ke tempat aku untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawannya.

“Wei.. Kau senang tak hari nie..? Aku duk dekat umah ko nie,” tanya kawanku sambil gelak-gelak.

“Aku ok jer… duk kat mane nie,”

“Aku baru saje keluar dari Dewan kahwin… malu wei…,” dia terus gelak-gelak.

“Ape yang malu and kelakar sangat nie…,” aku mula binggung dengan perangai kawanku ini. Kadang kala perangainya tidak berapa betul sikit.

“Malu wei… aku silap tarikh la… aku ingatkan kenduri kawan aku hari nie rupanya semalam. Aku siap masuk dewan lagi and siap nak makan lagi tapi tuk-tuk aku tengok muka pengantin mukanya bukan kawan aku tapi orang lain la.. makcik penyambut tetamu tu siap tanya aku lagi adakah aku kawan sipengantin. Aku dengan muka yang malu mintak maaf kat makcik tu and cakap silap tempat nak cover malu… Aku pun tengok la kad jemputan tu and baru perasan tarikhnya semalam… malunya aku…  Nak jumpa kat mane nie,?” terang kawanku panjang lebar. Aku yang mulanya binggung mula tergelak-gelak dengan kerenah kawan ku ini.

Disebabkan peristiwa kawanku itulah aku mula cari kad-kad jemputan kahwin dan menyalin tarikh-tarikhnya diatas kalendar agar tidak terjadi tragedi kawanku itu…

* gambar di ambil dari blog tujuh tin kosong
June 6, 2010

Kenali 4 Rukun Yahudi rancangan menguasi dunia…

Penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan adalah seperti berikut :

1. Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

2. Yahudi berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

3. Bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

4. Yahudi menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.

Oleh itu kita hendaklah berwaspada dengan tindak tanduk Yahudi dengan menyakini tidak ada yang berkuasa selain daripada Allah S.W.T.

* sedutan daripada kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam artikel “Serangan rejim Israel buka mata pemimpin umat Islam

June 1, 2010

3G… Gadis Gemuk Gila!!!

Biar betul, takkan lah, tapi memang betul pun. Aku seakan-akan tidak percaya.

“Kenapa lelaki ini berbahasa isyarat dengan kotak, tengah berlatih berkomunikasi bahasa isyarat kah? Tapi tak kan di tempat ini terlalu ramai orang. Macam pelik”,bertubi-tubi persoalan, gosip dan tekaan telah aku buat.

Aku cuba  menghampiri lelaki tadi untuk meredakan perasaanku yang membuak-buak ingin tahu kenapa lelaki tersebut berperangai pelik.

“Ohhhhh… patutla,” lega rasanya selepas mengetahui sebab musabab lelaki tersebut. Tiba-tiba jer lelaki tersebut berpaling ke arahku. Aku tercengang malu. Aku berkeputusan melirikkan senyuman kearahnya dan kemudianya lelaki itu juga respon yang sama.

Dunia semakin canggih, dunia komunikasi tidak mengenal batas semua orang boleh menafaatnya termasuklah OKU bisu. Lelaki tadi sebenarnya sedang berkomunikasi dengan kekasihnya melalui perkhidmatan 3G dan rasa-rasanya kedua-duanya bisu. Rupanya dengan hanya menggunakan gadget yang dinamakan handphone telah banyak mengubah kehidupan seharian kita. Ianya bukan sahaja untuk berkomunikasi tetapi juga boleh mengambil gambar, internet, bermain games dan macam-macam lagilah. Pendek kata dunia hari ini semakin kecil sekecil handphone tadi.

Tapi apa itu 3G?

3G… Gula Gula Getah…

3G… Garu Gatal Ganas…

atau

3G… Gadis Gemuk Gila !!!!!

May 28, 2010

Harga Petrol : Aku pun tak tahu

Balik sahaja dari kursus 15 hari aku dikejutkan dengan berita harga petrol mungkin naik lagi pada tahun ini. Aku pun tak tahu macam mana agaknya aku untuk menghadapi tekanan harga petrol baru ini. Tentu sekali dengan harga baru ini kos hidup akan meningkat lagi bertambah lagi bebananku. Aku pun tak tahu macam mana agaknya reaksi rakyat Malaysia selepas ini mungkinkah akan berlaku lagi demostrasi jalanan atau mungkin ekonomi akan merundum sekali lagi.

Melihat kepada keadaan semasa terutamanya kehidupan dibandaraya besar seperti Kuala Lumpur atau lembah klang tentu sekali menjadi beban yang teruk kerana penghuni disini bukan sahaja menghadapi harga baru petrol malah kemungkinan besar, tol di lebuhraya juga mengenakan harga baru dan yang pasti semuanya meningkat. Aku masih ingat lagi semasa zaman pak lah dengan kenaikan harga petrol kerajaan berjanji akan meningkatkan mutu pengangkutan awam dengan membina laluan baru LRT dengan menghubungkan kawasan-kawasan utama di Lembah klang tetapi semuanya tinggal janji. Apa merisaukanku ialah ada kemungkinan pemilik-pemilik lebuhraya akan melobi kerajaan supaya projek tersebut dilengah-lengahkan kerana kesannya lebuhraya-lebuhraya akan hilang punca pendapatan kerana kemungkinan aliran kereta akan berkurangan kerana pemiliknya akan bertukar ke pengakutan awam.

Aku pun tak tahu macam mana agaknya Malaysia akan meneruskan survival kehidupan dengan kerajaan yang lemah seperti sekarang. Apa yang pasti, rakyat hendaklah bersatu hati supaya pilihanraya akan datang dapat memilih kerajaan yang betul.