January 23, 2011

Test wordpress using android

wordpress for android

wordpress for android

After my wife got new sony ericsson xperia x10 earlier this year i suddenly got fever too. My fever is android. I like so much with android os because its new for me. I sure within five year people will shift into this technology. It will change the world communicate after the era of computer.

After this people will bring their computer only in pocket not with bag or leave at home. It will portal at anywhere even in toilet. I know that I also cannot be lag with this technology. As the started I learn java and how to make software in android. It not limited only android but also with other os like symbian.

This article also is the first I write using smartphone with wordpress software. Now I free to write. 🙂

Advertisements
January 11, 2011

Berhati-hati dengan Pen drive berhantu!

pendrive berhantuHari ini saya survey dekat www.mudah.com.my .. Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku dengan satu iklan; Kingston 32Gb hanya RM50 ~!! Biar betoi.~!!..Saya terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50.. aik, biar betoi~!!

Terus saya buat sedikit research dekat internet berhubung Pendrive 32Gb ni. Pada permulaannya, saya dapati ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal sedikitpun RM95 – 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan harga masih murah..

Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive 32Gb ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai, India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 Gb telah dicompress agar dibaca 32Gb. “Non-existent sectors” dibuat dengan kaedah compress agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.

Itu sebabnya, setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti sebenar,maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang. Namun begitu, “Fake Product” ini telah terjual dengan larisnya di pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.
Anda kena berhati-hati~!!

Info menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan dalaman tertulis 32Gb. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc dia akan memberitahu 32Gb. Juga di Properties tertera 32Gb~!!. Namun apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1Gb, satu arahan keluar mengatakan pendrive sudah penuh. Malah “transfer Speed” juga adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di Pendrive dan memerlukan format biarpun anda baru sahaja pertama kali menggunakannya ~!!! .

Bila diteliti dengan mendalam, pendrive tersebut mengalami bad sector yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu hanyalah sebesar 512kb atau 1Gb atau 2Gb sahaja. Sedangkan harga sebenar pendrive 1Gb hanya RM20 sahaja di pasaran~!! Dan lebih teruk daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR~!!

Ini yang menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang telah dipindahkan ke dalam pendrive itu “Missing” atau ” Corrupted” bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di Copy tetapi tidak boleh di Paste langsung, seolah-olah menjadi read-only file.

Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256Gb (yang paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32Gb Original. Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di sesetengah website ~!!

sumber : TKO

Tags: , ,
January 4, 2011

Malaysia saksi kelahiran bintang Thierry Henry. Malaysia bila lagi ?

Siapa tidak kenal dengan Thierry Henry, seorang pemain lincah kelahiran Perancis. Dia juga membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 1998, Juara Piala Eropah 2000 dan Naib Juara Piala Dunia 2006. Sedarkah kita dia juga pernah beraksi di Piala Dunia Belia 1997 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.

Selain daripadanya Perancis juga melahirkan beberapa lagi pemain ternama dalam skuad Piala Dunia Belia 1997. Nama seperti Willy Sagnol, William Galas, Nicolas Anelka dan David Trezeguet sudah tidak asing lagi di Eropah dan dunia. Selain daripada Perancis, Argentina juga melahirkan beberapa bintang dalam kejohanan yang sama seperti Juan Roman Riquleme dan Pablo Aima.

England juga melahirkan tiga bintang pada kejohanan tersebut. Mereka adalah Matt Upson yang menjaringkan gol tunggal England ketika tewas 4-1 kepada Jerman dalam Piala Dunia 2010, Michael Owen bermain untuk negaranya sebanyak 89 kali dengan menjaringkan 40 gol dan Jamie Carragher pemain bintang Liverpool.

Malaysia bila lagi ? Nama bekas-bekas pemain pada kejohanan tersebut tidak pernah kita ketahui. Adakah mungkin pembangunan bola sepak Malaysia ketika itu ada banyak kepincangan ? Sudahkah kita belajar daripadanya ?

Syabas dengan Keberanian K.Rajagobal menurunkan pemain muda pada kejohanan Piala Suzuki AFF adalah wajar sekali dan membanggakan. Mereka juga telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kita akan melahirkan bintang bola sepak sedikit masa lagi. Adalah menjadi harapan penulis untuk meneruskan program pembangunan mereka. Jadikan skuad Piala Dunia Belia 1997 sebagai penggajaran.

Malaysia merupakan kuasa besar dalam bola sepak Asia sekitar 50an, 60an, 70an dan awal 80an. Kita juga pernah mewakili Asia pada Sukan Olimpik 1972 di Jerman Barat dan 1980 di Moscow. Penulis berharap skuad kendalian K.Rajagobal ini akan mengembalikan maruah dan kejayaan Malaysia yang pernah kita kecapi satu masa dahulu.

Malaysia juga perlu mencontohi Ghana sebuah negara dari Afrika yang mempunyai pembangunan bola sepak yang cemerlang. Ketika Piala Dunia 2010 mereka menghantar pasukan paling muda dengan purata umur 23 tahun. Mereka membuktikan kejaguhannya apabila mengakhiri kempen Piala Dunia di Suku Akhir. Malah skuad belia Ghana juga menjuarai Piala Dunia Remaja 2009 sebagai pelapis.

Dalam kesempatan tiga hari cuti yang lalu penulis juga sempat menulis sebuah e-book untuk berkongsi kejayaan. E-book ini adalah sebagi cenderhati kepada Skuad Malaysia dan Penyokong Malaysia. Ianya boleh di muat turun di PIALA SUZUKI kini milik MALAYSIA

Akhir sekali penulis mengucapkan Tahniah ! Tahniah ! Tahniah ! kepada pasukan Malaysia dan penyokong Malaysia. Semoga Pasukan Malaysia akan beraksi pada pentas Piala Dunia satu hari nanti.

January 4, 2011

Cuba try translate “up” ke BM dalam google translate…

Sesautu yang menarik nie… klik gambar untuk besarkan

translate up to malay using google translation

January 3, 2011

Selamat tahun baru

Happy new yearRasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru. Apabila tahun baru mesti kita bercakap mengenai azam. Tentu sekali saya mempunyai azam untuk blog ini. Firstly nak ucap syukur Sebab blog saya mencecah 1000 pengunjung tahun lalu. Pada tahun ini saya berazam nak ada pengunjung sehingga 10000.

Tags: ,
September 7, 2010

Kenapa Kita Ditinggalkan?

Kenapa kita ketinggalan? kenapa umat Islam harus terus berada di belakang? akibat kita di belakang, umat Islam dihina, Umat Islam dinodai, umat Islam dinafikan haknya…kenapakah keadaan ini yang terpaksa kita tanggung, terpaksa kita hadapi?

Semua ini bermula apabila kita mata kita kabur dan rabun dalam memahami, mengerti dan merealisasikan firman pertama Allah s.w.t. ‘IQRA’, ‘Bacalah dengan nama Tuhanmu’…Kecuaian terhadap perintah Allah ini, membuatkan kita berada dimana kita berada sekarang.

Lihatlah dimana kita berada sekarang…

Dianggarkan terdapat 1,476,233,470 umat Islam diatas muka bumi ini. Satu billion di Asia, 400juta di Afrika, 44 juta di Eropah, dan enam juta di Amerika. Nisbahnya, setiap lima manusia adalah Islam (1:5). Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam (1:2), setiap orang Budha ada dua orang Islam (1:2) dan setiap seorang yahudi ada beratus orang Islam (1:100).

Sejumlah 57 negara yang mengganggotai OIC, iaitu pertubuhan terbesar umat Islam, dan jika dicampur kesemuanya, cuma ada kira-kira 500 buah university. Atau sebuah universiti setiap 3 juta orang Islam (1 : 3,000,000). Bandingkan dengan Amerika Syarikat mempunyai 5,758 buah universiti dan India pula 8,407 buah.

Pada tahun 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian berhubung ‘Kedudukan Akademik Universiti-Universit Dunia’ dan umat Islam terpaksa menelan pahit kenyataan bahawa, tiada satu pun universiti negara islam yang berada pada kedudukan 500 teratas.

Perbandingan tahap pendidikan antara masyarakat masyarakat Islam

 Berdasarkan data yang dikumpulkan dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90% dan 15 negara tersebut mempunyai 100% celik huruf. Sementara itu di negara majoriti umat Islam pula, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 % dan tiada negara yang mempunyai 100% tahap celik huruf dikalangan warganya.

Sekitar 98% penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurangnya sekolah rendah, sementara hanya 50% sahaja di negara majoriti umat Islam.

Sekitar 40% penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2% sahaja di negara majoriti umat Islam.

Negara-negara majoriti umat Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap per sejuta penduduk. Di Amerika Syarikat, 4000 per sejuta dan di Jepun 5000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, jumlah penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju; 1000 juruteknik per sejuta).

Dunia Islam yang ada pada hari ini kurang keupayaan untuk menguasai ilmu pengetahuan, seterusnya membuat penemuan-penemuan dalam pelbagai bidang yang dapat diguna pakai oleh manusia sejagat. Negara Islam membelanjakan 0.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). sebaliknya, negara maju membalanjakan 5% daripada KDNKnya.

Fikirkanlah…selagi mana pendidikan tidak dititik beratkan, selagi itulah kemunduran dan kehinaan akan menyelubungi hidup kita… Ingatlah selalu… ‘leaders are learners!’ – pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar.

Ingatlah…‘When you stop learning, you stop leading’ – apabila kita berhenti belajar, kita berhenti memimpin.

 sumber: http://solleh-alfatimi.blogspot.com/

September 4, 2010

Fakta Menarik Yg Jarang Diketahui Generasi Baru Kelantan

DEMO TAHU KO DOK?

Perkataan “keropok lekor” adalah berasal dr loghat Terengganu. Orang Kelantan dahulu kala menyebut keropok tersebut sebagai “keropok leyka” (comes from the word “lingkar”). Keropok ini mendapat nama dr kaedah pembuatan yg mula diperkenalkan iaitu selepas keropok ini digentel sehingga panjang, keropok ini akan dilingkar di dalam badang atau talam sebelum direbus. Sesetengah tempat di Kelantan ia dikenali juga sebagai “keropok gotey” dan “keropok bbatey”. Disebabkan Terengganu yg lebih dahulu mengkomersialkan keropok ini, maka kekallah nama “keropok lekor” walaupun tidak sedikit industry ini di Kelantan.

DEMO TAHU KO DOK?


Org Kelantan dahulu kala tidak menggunakan arah mata angin sebagaimana sekarang iaitu utara, selatan, timur dan barat. Sebaliknya mereka menggunakan istilah hulu dan hilir (merujuk arah sungai), naik dan jatuh (merujuk kepada pergerakan matahari). Sebab itulah kalau ada sesebuah rumah lama yg dirombak binaannya, anda akan terjumpa perkataan2 ini pada alang2 rumah tersebut. Untuk merujuk arah timur laut, mereka menggunakan perkataan “hilir naik”, tenggara sebagai “hulu naik” dan seterusnya. Kalau di tengah laut macamana pula yer?

DEMO TAHU KO DOK?


Ibu negeri Kelantan berubah tempat beberapa kali. Mengikut sejarah, Kota Kubang Labu berhampiran Pasir Pekan pernah dijadikan ibu negeri semasa zaman pemerintahan Puteri Saadong. Kemudian berpindah ke beberapa tempat. Salah satu tempat ialah yg terletak di antara Tambatan D’Raja dan Sungai Budor. Raja yg memerintah pada zaman tersebut merasakan ibu negeri baru ini tidak selamat dari ancaman banjir dari air Sungai Kelantan telah memerintahkan sebuah sungai digali dr Kg Kutan ke Pohon Tanjung bertujuan untuk melencongkan laluan air semasa musim banjir. Disebabkan masa tu belum ada jurutera yg boleh menasihati raja, maka ibu negeri Kelantan tetap digenangi banjir dan terhakis seterusnya tenggelam ke dalam Sungai Kelantan yg memaksa ibu negeri Kelantan sekali lagi dipindahkan ke Kota Bharu sehingga kini (bermula di kawasan Padang Bank dan Dalam Kota) Sebab itulah kalau anda memandu dari Pasir Pekan ke Kota Bharu, sebelum melintasi Jambatan Sultan Yahya Petra anda akan menemui “Sungai Raja Gali”.

DEMO TAHU KO DOK?


Stesyen kereta api Palekbang merupakan stesyen kereta api utama di Kelantan suatu ketika dahulu. Ia menjadi hub utama bagi penduduk Jajahan Tumpat dan Kota Bharu untuk ke sesuatu tempat terutama ke Pahang dan negeri Pantai Barat. Perkhidmatan feri (yang menggunakan kayuhan roda besar dan mampu membawa kereta) disediakan dari Kota Bharu ke Palekbang utk kemudahan penduduk Kota Bharu untuk ke stesyen kereta api ini. Minyak juga diangkut dari stesyen kereta api ini ke Kota Bharu menggunakan kapal minyak. Kilang air F&N juga didirikan bersebelahan stesyen kereta api ini. Selepas siap pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi Stesyen Kereta api Palekbang sebagai stesyen utama bagi dua jajahan ini telah diambilalih secara berperingkat- peringkat oleh Stesyen Kereta api Wakaf Bharu. Kini semuanya tinggal kenangan, semua bangunan telah dirobohkan. Yang ada hanyalah tapak.

DEMO TAHU KO DOK?


Penduduk Kelantan dipercayai berasal dari beberapa buah kampung tertua Kelantan (dipercayai 9 buah kesemuanya). Antaranya Kg Laut, Penambang, Banggol dan Padang Pak Amat. Kampung2 tertua ini suatu ketika dulu terletak di pesisiran pantai, namun disebabkan perubahan geografi kg2 ini terletak jauh ke daratan. Dulu ada sebuah kg di Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang menjadi perkampungan penduduk yang berasal dr Kg Laut iaitu Kg Pasir yg kini telah dimusnahkan oleh pembangunan. Jadi, kalau anda adalah anak Kelantan tak kiralah di mana anda tinggal sekarang ini sama ada di Kelantan atau luar Kelantan, cubalah cek salasilah keluarga anda, dr kg manakah anda berasal.

DEMO TAHU KO DOK?


Pasar utama Kota Bharu suatu ketika dulu bertempat di Pengkalan Lido (sekarang ini adalah tapak Hotel River View). Ia menjadi tempat tumpuan penduduk di lembangan Sg Kelantan mendapatkan bekalan keperluan mereka. Penduduk di kepulauan delta termasuk Kedai Buloh akan membawa hasil laut utk didagangkan menggunakan perahu layar. Penduduk di tempat2 lain juga membawa hasil tempatan utk didagangkan di sini menggunakan pengangkutan sungai. Selepas bangunan pasar baru dibina (sekarang ini Pasar MPKB – juga bakal diruntuhkan) , Pasar Pengkalan Lido terus beroperasi utk beberapa waktu. Kini pasar utama Kota Bharu adalah Pasar Siti Khadijah di Buluh Kubu. Pasar Pengkalan Lido mendapat nama dr nama pawagam Lido yg didirikan di sini. Orang dulu-dulu pun suka ke panggung wayang. Hehehehehe.. .

DEMO TAHU KO DOK?


Mengikut cerita orang tua, selepas peninggalan Jepun dari Kelantan, orang Kelantan masih terus dibelenggu ketakutan. Ketakutan kali ini bukan dari askar Jepun sebaliknya dari hantu jepun yang sering merayau di waktu malam. Banyak sumber yang mengatakan, selepas solat isyak di surau, jemaah akan terus bergegas pulang ke rumah masing2 kerana takutkan hantu ini walaupun sebelum ini mereka sempat bersembang sehingga larut malam. Ramai juga yang maut kerana wabak penyakit terutama dari mayat2 yg tak diselenggara secara baik. Keadaan
ini berlarutan untuk beberapa tahun. Macam mana rupa hantu Jepun tu yer? Bagi yang ada atuk/nenek yg sempat merasai zaman Jepun, bolehlah bertanya mereka tentang hal ini.

DEMO TAHU KO DOK?


Cerita yg dikutip dari allahyarham ayahanda ku. Semasa zaman Tok Kenali dulu, diceritakan pernah satu ketika Tok Kenali terasa sakit perut. Lantas dia bergegas ke sungai di Tambatan D’Raja (masa tu dia mengajar di Masjid Muhammadi). Tak sempat ke tandas, “isi perut” dah terburai dan terkena ke atas salah satu tiang layar yg banyak tersidai di tepi sungai masa tu. Tiang layar tersebut milik perahu yang sering ke laut menangkap ikan. Keadaan ini diketahui pemilik perahu tersebut, tetapi sebagai mengambil berkat “milik” seorang Wali Allah, dia tidak membersihkan tiang tersebut sebaliknya mendirikan tiang tersebut utk terus ke laut. Mungkin atas keberkatan ini, pemilik perahu layar tersebut dalam waktu yang singkat telah dapat membawa pulang hasil laut yg banyak. Wallahua’lam.

DEMO TAHU KO DOK?
Sebelum sdra Anwar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan, penggal persekolahan dibahagikan kpd tiga. Cuti penggal persekolahan pertama selama 2 minggu pd bulan April, cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu pd bulan Ogos dan cuti penggal ketiga selama dua bulan pada bulan November dan Disember. Cuti penggal pertama amat dinanti-nantikan oleh penduduk Kg Laut dan kg sekitarnya seperti Palekbang dan Sg Pinang. Kenapa? Sebabnya adalah pesta pantai. Pada waktu inilah hampir seluruh penduduk Kg Laut akan meninggalkan rumah masing2 utk ke Pantai Kuda yg terletak di Muara Sg Kelantan. Berpuluh dan mungkin beratus buah bangsal (waktu tu belum ada khemah) yg dibuat drp buluh dan pelepah kelapa didirikan. Mereka akan berkampung di sini selama beberapa malam. Tak tahulah apa keistimewaan pantai ini yg hanyalah sebuah beting pasir dikelilingi sungai dan laut dan ditumbuhi rumput berduri. Tradisi ini wujud sejak turun temurun sehinggalah cuti persekolahan diubah. Walaupun cuba dihidupkan kembali pd akhir tahun 80an namun keadaan dah berubah dan tidak mendapat sambutan. Kekallah ia sebagai NOSTALGIA PENDUDUK KG LAUT.

DEMO TAHU KO DOK?
Suatu ketika dulu Kelantan pernah menerima bencana yang amat dahsyat (mungkin hampir seperti tsunami yg melanda Acheh). Puting Beliung yg melanda Kelantan pada waktu itu menyebabkan banyak tanaman musnah, haiwan ternakan mati dan pokok2 bergelimpangan. Kebuluran melanda dan ramai yg terkorban akibat taufan dan penyakit yg melanda selepas kejadian itu iaitu taun. Ramai yg tak dapat membuat padi kerana haiwan yg digunakan utk membajak banyak telah mati. Kemiskinan amat menyayat hati. Ramai yg merantau meninggalkan tanah air ke Terengganu, Pahang termasuk juga Johor (Kg Kelantan yg terdapat di Muar Johor juga dipercayai dibuka ekoran tragedy ini). Bagi keluarga yg mempunyai anak
perempuan, ibubapanya akan menikahkan secepat mungkin utk mengurangkan bebanan keluarga. Untuk cerita selanjutnya, bacalah buku “Warisan Kelantan” yg boleh diperolehi di Perpustakaan Negeri.

DEMO TAHU KO DOK?
Banyak perkataan asal (original) yg digunakan masyarakat dahulu telah pupus dari penggunaan generasi kini dibawa arus peredaran masa. Contoh perkataan tersebut :
1) Sakar = gula
2) Buoh topoh = epal
3) Jebo = botol
4) Dan banyak lagi.
Perkataan ini sering digunakan org Kelantan tetapi kini tidak lagi. Namun masyarakat Melayu Selatan Thailand masih menggunakannya.

DEMO TAHU KO DOK?
Tapak pelupusan sampah bagi Bandar Kota Bharu suatu ketika dulu adalah di tepi Sg Kelantan iaitu di Kg Sg Budor. Timbunan sampah serta kereta2 buruk telah mencacatkan pemandangan di kawasan tersebut serta mencemarkan sungai Kelantan. Mungkin atas isu alam sekitar, MPKB telah memindahkan ke tapak pelupusan yang baru. Kepada pengutip besi buruk, pergilah gali tebing sungai tu untuk mendapatkan berpuluh buah badan kereta yg tertimbus kat situ.

DEMO TAHU KO DOK?


Jambatan Sultan Yahya Petra dibina semasa pemerintahan PAS di Kelantan dalam tahun 60an menghubungkan Kg Sireh dan Pasir Pekan. Apabila siap, ia menjadi salah satu jambatan terpanjang di Malaysia pada waktu itu. Ia mengenakan tol bagi setiap kenderaan yg menggunakannya. Tol ini telah menjadi salah satu sumber pendapatan utama bagi kerajaan PAS waktu itu ekoran diskriminasi yang amalkan kerajaan pusat. Agaknya kalau tiada diskriminasi, Kota Bharu dah jadi bandaraya yg terbesar di pantai timur. Dan mungkin juga dengan tiadanya diskriminasi, Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua telah lama disiapkan.

DEMO TAHU KO DOK?
Setiap tahun pd suatu ketika dahulu Hari Keputeraan Sultan Kelantan disambut meriah oleh rakyat Kelantan. Antara acara sambutan ialah Pesta Air yg dijalankan berhadapan Tambatan D’Raja. Pada waktu ini rakyat keluar berbondong-bondong utk menyaksikan sama ada dr tebing sungai mahu pun bot2 / perahu2 yg berlabuh di tengah sungai. Pelbagai pertandingan dibuat antaranya perahu berhias, pukul bantal, lumba perahu/bot laju dan berebut itik. Rakyat pada waktu tu cukup menghormati rajanya sehingga Hari Keputeraan ini dipanggil “Hari Puja Umur” dan cuti diberikan sebanyak 2 hari. Kini?

September 4, 2010

Hadiah Pak Lah untuk rakyat Kelantan?

Jambatan Sultan Yahya Petra

Pandangan dari Jambatan tepi Pasaraya Tesco Kota Bharu

Pengunduran Tun Dr. Mahathir pada tahun 2003 dengan memberi laluan kepada Tun Abdullah seakan memberi semangat baru kepada rakyat Malaysia. Auranya menular sehingga pada Pilihan Raya ke 11 apabila negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS hampir tumbang kepada BN. BN berjaya memenangi sebanyak 20 kerusi daripada 43 kerusi DUN hanya ketinggalan sebanyak 3 kerusi sahaja.

Rentetan dengan kemenangan tersebut Kerajaan pimpinan Pak Lah menghadiahkan sebuah jambatan kepada rakyat Kelantan pada 2 Ogos 2007. Projek jambatan tersebut adalah projek pembesaran jambatan sedia ada iaitu Jambatan Sultan Yahya Petra. Projek tersebut diperuntukan sebanyak RM150 juta dan dijangka siap pada penghujung 2009.

Namun begitu projek tersebut tergendala apabila gagal disiapkan pada tempoh masa yang di tetapkan. Ianya juga disenaraikan sebagai projek bermasalah untuk RMK9. Projek tersebut kemudiannya dilanjutkan setahun lagi sehingga Disember 2010 untuk disiapkan. Projek ini dibangunkan oleh RedLand Sdn Bhd yang mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO Tanah Merah. Masalah tersebut dikatakan berpunca daripada ketirisan wang kerana rasuah melibatkan pemimpin mereka.

Jambatan Sultan Yahya Petra

Pandangan dari Kg. Sireh (Pertemuan Jalan Hamzah – Jalan Sultanah Zainab )

Kemerosotan kerusi PAS pada PRU ke 11 sebenarnya mempunyai hikmahnya tersendiri apabila rakyat Kelantan dapat belajar bagaimana pengurusan kewangan di bawah kepimpinan UMNO. Kelewatan untuk menyiapkan jambatan tersebut menjadi ukuran kepada rakyat Kelantan. Lebih memburukan kelewatan tersebut ada kaitan dengan rasuah dan ketirisan wang. Namun begitu seluruh rakyat Kelantan berharap pembesaran jambatan tersebut dapat disiapkan mengikut jadual.

Tinjuan penulis pada bulan puasa ini mendapati kerja-kerja pembesaran tersebut amat perlahan kerana belum lagi ada tanda-tanda jalan bertingkat dinaikan. Hanya cerucuk tiang jambatan sahaja dinaikan. Memadangkan tempoh akhir siap penghujung tahun ini pada pendapat penulis jambatan ini mungkin mengalami kelewatan sekali lagi.

Jambatan Sultan Yahya Petra mula dibina pada tahun 1967 dan siap dibina pada tahun 1969. Jambatan ini merupakan nadi kepada penduduk Kota Bharu kerana menjadi penghubung terpenting antara jajahan Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu yang dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Penggunaan jambatan ini semakin hari semakin meningkat dan menghadapi kesesakan yang teruk kerana ianya hanya mempunyai dua lorong sahaja.

Jambatan Sulta Yahya Petra

Cabang Empat tepi KB Mall

Masalah tersebut dapat dikurangkan sedikit apabila Jambatan Sultan Ismail Petra disiapkan pada tahun 2003. Jambatan empat lorong tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan trafik kepada Jambatan Sultan Yahya Petra. Namun dengan arus pembangunan yang meningkat di bandar Kota Bharu jambatan yang besar diperlukan untuk menampung trafik yang meningkat.

Pembesaran Jambatan Sultan Yahya Petra amat-amat dialukan oleh rakyat Kelantan. Pembesaran tersebut melibatkan jalan sepanjang 811 meter yang dibina bersebelahan jambatan lama. Ianya juga melibatkan pembinaan jalan bertingkat yang menghubungkan tiga lokasi iaitu dari Pasir Pekan ke Bulatan Kijang, Jalan Hamzah ke Wakaf Siku dan Jalan Sultan Yahya Petra ke Jalan Dusun Muda. Setiap laluan akan mempunyai tiga lorong dan juga lorong khusus untuk motosikal dan basikal selebar 1.5 meter.
.

September 3, 2010

Tuhan tidak menciptakan alam semesta, Hawking

LONDON (Reuters) – Ahli teori fizik Inggeris yang terkemuka Stephen Hawking mengulas di dalam buku terbarunya dengan mengatakan Tuhan tidak menciptakan alam semesta dan “Big Bang” adalah konsekuensi yang tidak terlepas dari hukum-hukum fizik.

Dalam “The Grand Design,” ditulis bersama-sama dengan ahli fizik AS Leonard Mlodinow, Hawking berkata sebuah siri baru membuat teori pencipta alam semesta telah keterlaluan, menurut akhbar Times yang diterbitkan pada hari Khamis.

“Kerana ada undang-undang seperti graviti, alam semesta akan dicipta sendiri daripada kosong. Kejadian spontan adalah alasan kepada sesuatu daripada kosong, mengapa alam semesta ada, mengapa kita ada,” tulis Hawking.

“Hal ini tidak perlu kepada Tuhan untuk menghasilkan ‘blueprint’ dan mengatur alam semesta.”

Hawking, 68, yang memenangi pengiktirafan global menerusi bukunya “A Brief History of Time,” yang diterbitkan pada tahun 1988 membuat penjelasan tentang asal-usul alam semesta dan beliau juga terkenal dengan karyanya tentang lubang hitam, kosmologi dan graviti kuantum.

Sejak 1974, saintis ini telah menumpukan pada dua bidang fizik moden iaitu Albert Einstein Teori Relitiviti Umum, yang melibatkan graviti dan fenomena besar-besaran, dan teori kuantum, yang meliputi elektrik.

Komentarnya terkini telah menyangkal pada pandangannya sebelum ini yang telah mengatakan pencipta alam semesta ada kaitan dengan agama. Sebelum ini, beliau menulis bahawa undang-undang fizik itu ada kaitan dengan campur tangan Tuhan menghasilkan Big Bang.

Dia menulis dalam A Brief History … “Jika kita menemukan satu teori yang lengkap, maka ianya adalah kemenangan kepada manusia – maka dengan itu kita dapat mengetahui fikiran Tuhan.”

Dalam buku terbarunya, ia mengatakan penemuan pada 1992, sebuah planet yang mengelilingi bintang lain selain matahari telah menyangkal pandangan bapa fizik Isaac Newton bahawa alam semesta tidak boleh muncul dari kekacauan, tetapi dicipta oleh Tuhan.

“Ianya adala suatu kebetulan kepada keadaan planet kita – matahari tunggal, gabungan jarak Bumi-Matahari dan massa matahari, jauh lebih luar biasa, dan bukti jauh lebih kuat bahawa bumi itu telah direka hanya untuk menyenangkan kita sebagai manusia,” dia menulis.

Hawking, yang hanya dapat berbicara dengan bantuan suara synthesizer yang dihasilkan komputer, mengidap sakit distrofi otot saraf yang telah berkembang selama bertahun-tahun dan membuat dirinya hampir lumpuh.

Dia mulai menderita dengan penyakit tersebut sejak di awal usia 20-an, tetapi kemudian terkenal sebagai salah satu manusia yang terkemuka di dunia ilmiah, dan juga pernah membuat penampilan sebagai pelakon tetamu di “Star Trek” dan kartun “Futurama” dan “The Simpsons.”

Tahun lalu dia mengumumkan untuk mengundurkan diri sebagai Cambridge University Lucasian Profesor Matematik yang disadangnya sejak 1979, jawatan yang pernah disadang oleh Newton.

“The Grand Design” mulai dijual pada minggu depan.

sumber : yahoo.news

* Di harap hasil tulisan Hawking ini tidak dijadikan teori untuk diajar disekolah seperti teori darwin. Semoga kita semua mendapat hidayat Illahi….

August 22, 2010

Pasar Ramadhan Putrajaya diserang penembak

Antara 10 hingga 20 penembak menyerbu Pasar Ramadhan Presint 2 yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Usia mereka dalam lingkugan 20an dan berpecah-pecah membentuk kumpulan atau berseorangan. Pengunjung pasar tersebut dianggarkan seramai 20 ribu dalam satu-satu masa dan tidak ada sesiapa pun tercedera setelah ditembak oleh penembak.

Penembak yang dimaksudkan adalah jurugambar-jurugambar amatur atau professional menyerbu Putrajaya. Sudah menjadi kebiasaan Putrajaya akan dikunjungi oleh peminat fotografi pada setiap hujung minggu. Oleh kerana ketika ini adalah bulan puasa tentu sekali mereka juga tidak akan melepaskan peluang merakamkan suasana pasar tersebut.

Putrajaya menjadi destinasi pengembar fotografi kerana mempunyai daya tarikan terutamanya pada taman-tamannya, bangunan-bangunannya, tasik buatannya dan paya buatannya. Mereka datang dengan gadget kamera yang bernilai antara RM1,000 hingga RM50,000 dan kebanyakannya adalah jenis DSLR.

Taman yang selalu dikunjungi adalah Taman Botani dan Taman Wetland kerana disini mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan binatang yang unik. Selain daripada taman, bangunan-bangunan kerajaan juga menjadi sasaran seperti bangunan Istana kehakiman, Perbadanan Putrajaya, Masjid Besi, Masjid Putra, bangunan Kementerian Kewangan dan banyak lagi.

Putrajaya mempunyai 9 buah jambatan merintangi tasik buatan putrajaya dan juga menjadi tarikan pengembar fotografi. Jambatan paling diminati adalah Jambatan Seri Wawasan dan Jambatan Seri Saujana.

Jika anda juga mempunyai kamera DSLR adalah digalakan untuk menembak di Putrajaya. Luangkan masa anda untuk belajar mendapatkan pemandangan yang cantik menerusi lensa anda dan dikongsi bersama. Semoga berjaya.