Archive for June, 2009

June 25, 2009

Skim insurans bermasalah

PADA April 2006, saya mengambil polisi insurans Takaful Malaysia pelan Takaful Siswa untuk anak kedua saya. Tanpa sebarang keraguan kerana bayaran dibuat melalui potongan gaji, minggu lalu saya berkunjung ke Takaful Malaysia cawangan Kemaman untuk menambah jumlah potongan yang dibuat serta berhajat untuk membuat potongan ke atas anak ketiga saya.

Malangnya saya dimaklumkan staf bertugas sepanjang 2007 dan 2008 tiada bayaran dibuat ke dalam akaun anak saya. Persoalannya ke mana potongan gaji saya dibuat sepanjang tempoh dua tahun berkenaan?

Sedangkan pada slip gaji saya tertera potongan dibuat ke atas `Syarikat Takaful Malaysia` setiap bulan. Apabila ditanya kakitangan berkenaan menjawab “Ini kesilapan pada sistem”.

Saya tidak pasti sistem apa yang syarikat itu gunakan hingga kesilapan berlaku selama dua tahun tidak dapat dikesan dan saya sebagai pelanggan langsung tidak dimaklumkan mengenai masalah berkenaan.

Saya terus menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan untuk mendapatkan penjelasan, malangnya jawapan yang diterima hampir sama `ini masalah sistem`. Apabila ditanya lagi siapa yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini, jawapannya juga tidak pasti .

Paling menyakitkan hati saya bila dimaklumkan sekiranya berlaku apa-apa ke atas anak saya dalam tempoh terdekat, kami tidak layak menuntut apa-apa.

Saya berharap pengurusan Takaful Malaysia dapat memperjelaskan kemelut yang saya hadapi dan ambil tindakan segera menyelesaikannya.

PELANGGAN TAKAFUL,
Kemaman,
Terengganu.

* di copy & paste dari surat pembaca berita harian online

Komen : Kesian pelanggan ni 2 tahun potong gaji tapi tak dapat ape… “kesilapan sistem” adalah jawapan yg tidak boleh diterima kerana melibatkan transaksi wang. Takaful Malaysia kena menjawab ni sebab secara tak langsung memberi imej yang buruk kat industri takaful. Nasihat saya kepada pelanggan yang kat luar tue berhati-hatilah mendapatkan takaful kalau boleh dapatkan takaful yang mempunyai agen seperti takaful terbaek takaful ikhlas tak pun ambik dgn saya…:)

 

Advertisements
June 23, 2009

kisah aku, bibik dan agen…

Tension! Itulah perkataan yang boleh aku gambarkan sekarang nie. Mana tak tensionnya dah habis banyak duit last-last kena hantar semula. Sabar jer la, ambik ikthibar aku cuba pujuk hati panas ku.

Dah cukup 4 bulan aku mengambil bibik dari indonesia tapi kena hantar pulang sebabnya dia ada hepititis B. Kisahnya bermula apabila keputusan ujian darahnya gagal sebab mengidap hepititis B. So dengan pantas aku pun buat report la kat agen di indonesia tapi boleh dia tanya aku balik kenapa ujian kesihatan kat sana lolos ajer…. mana la aku tahu kot-kot kat sana main rasuah ajer… bikin aku panas….

Lalu aku tanya bibik aku, semasa di sana ujian kesihatan macam mana? ambik darah kat mana? Barulah aku tahu dia ambik darah kat hujung jari jer… tu nak check kencing manis boleh la… kat klinik itu hari ambik darah dekat sebelah dalam bahagian lengan dan ambik darah dengan kuantiti yang banyak patutla kat sini boleh detect hepititis B. Sekali lagi buat darah aku naik…

Apa-apa pun esok adalah hari terakhir bibik aku kerja sebelum dihantar pulang sebelah malamnya. Apa yang aku dapat hanyalah janji agen indonesia itu untuk menghantar bibik yang lain tapi banyak pulak alasanya bibik susah nak cari la sebab kes dera siti hajar, nak tengok report bibik lama aku la dan macam-macam lagi. Dan aku hanya boleh bersabar dan banyak bersabar itu jer yang mampu aku lakukan dan akhir sekali berdoa moga-moga mendapat bibik yang elok.

Mungkin kes aku ni hanyalah sebahagian kisah pengambilan pembantu rumah di Malaysia tapi tentu diluar sana ada bermacam-macam kes lagi.  Aku hairan kenapa kes macam ini tidak boleh dikawal oleh kerajaan Indonesia-Malaysia. Bagi aku jika kedua-dua negara seragamkan ujian kesihatan masalah ini tidak timbul. Dalam kes ni menyebabkan banyak individu yang terasa terutamanya aku, bibik dan agen di indonesia itu sendiri.

Aku terpaksa mencari alternatif lain nak menjaga anak-anak aku. Bibi pula hilang perkerjaan selepas dijanjikan perkerjaan di rumah aku dan last sekali agen di indonesia terpaksa pula mencari penganti baru.

Tension! aku tahu itu bukanlah jalan penyelesaian tapi hanyalah luahan hati yang tension.