Archive for July, 2009

July 28, 2009

Aku rembat beg Barry Smith percuma di Maybank Treats Fair 2009

midvalley

Alamak Kad kredit ku hampir nak habis tempoh, nasib baik la Maybank ade buat Maybank Treats Fair kat Mid Valley. Diorang buat pada 24-26 Julai 2009 and kad kredit aku tamat bulan Julai jugak. Inilah masanya untuk aku redeem barang selepas bertahun-tahun aku simpan point (sebenarnya aku tak tahu pun nak redeem macam mana). So bagus jugak Maybank adakan Fair macam ni boleh la aku redeem semua point aku sebelum aku terminate kad aku.

Dengan pantas aku nga isteriku pegi Mid Valley hari Ahad yang lalu. Walaupun hari tersebut adalah hari terakhir tapi ramai sungguh manusia. Semua dok sibuk redeem point. Aku pikir nak rembat beg laptop Swiss tapi kalu redeem beg tu masih ade baki dekat 10ribu point lagi. Rugi kalu tak habiskan. Selepas puas aku keliling ketiga-tiga dewan tu akhirnya aku decide ambik beg Barry Smith. Puas hati aku… 

beg

Advertisements
July 27, 2009

Masjid besi menjadi koleksi terbaru masjid akhir zaman?

masjidbesiBERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid”.

H.R Abu Daud

Keterangan

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja

Hadis diatas mengambarkan masyarakat Islam di akhir zaman berlumba-lumba membina masjid tetapi ianya akan tinggal kosong tanpa pengisian. Terbaru masjid besi mungkin akan menjadi koleksi terbaru masjid di akhir zaman.
Persoalan yang timbul ialah kenapa dibina lagi masjid di Putrajaya sedangkan Masjid Putra tidak  berjauhan dengan masjid besi? Jarak masjid tersebut cuma 1 kilometer  dan penduduk putrajaya mempunyai 30 ribu sahaja.

Menariknya ada khabar angin mengatakan fungsi Masjid Putra  sebagai tempat ibadat bertukar sebagai tempat tarikan pelancongan . Jika ini benar maka kita sekarang betul-betul berada di akhir zaman seperti dimaksudkan oleh hadis diatas.  Semoga mendapat ikthbar daripada hadis diatas. wasalam.  

Masjid besi sudah 90 peratus siap

Masjid besi sudah 90 peratus siap

Pandangan Masjid Besi dari Masjid Putra

Pandangan Masjid Besi dari Masjid Putra

Masjid Putra

Masjid Putra

July 19, 2009

Eraser Background Tool

Untuk membuang latar belakang dengan menggunakan Photoshop amat mudah hanya perlu menggunakan Eraser Backgroud Tool (E). Tool ini akan mengambil sample warna latar belakang yang ingin dibuang. Tutorial di bawah akan mengajar bagaimana untuk membuang latar dengan menggunkan tool ini.

T1-start 

Perhatikan gambar diatas saya akan membuang latar belakang air di belakang dengan langkah-langkah seperti di bawah.

1. Mula-mula buka gambar untuk di sunting.
2. Tekan kekunci ctrl-A dan ctrl-c untuk select All dan kemudiannya Copy gambar tersebut.
3. Klik File->New dan tekan Ok.
4. Tekan kekunci ctrl-V untuk paste gambar di file yang baru.Tujuan utama saya buat ini adalah untuk melindungi gambar asal daripada dirosakkan.
5. Klik Create a New Layer . Layer baru akan dinamakan layer 2.

T1-P1
6. Klik Layer 2 sambil itu klik butang kiri tetikus dan hold kemudian tarik ke bawah.

T1-P2
7. Klik dan Hold Paint Bucket Tool (G). Selepas itu ia akan keluar dua pilihan Gradient tool dan Paint Bucket Tool. Pilih Paint Bucket tool.

T1-P3
8. Klik Set Foreground Color.Kemudian akan keluar Color Picker.

T1-P4

T1-P5
9. Di Menu Color Picker setkan # dengan fafd04 untuk mendapatkan warna kuning sebagai latar belakang.

10.Klik dan Hold eraser tool. Kemudian akan keluar tiga pilihan. Pilih Background Eraser Tool.

T1-P6
11. Setkan Background Eraser tool seperti dibawah.  Tolerance boleh diubah mengikut kesesuaian gambar. Brush size hendaklah digunakan bersaiz besar mengikut saiz gambar. Setkan Brush sebesar yang boleh, sampling:continuous, Limits: contiguous dan tolerance 20%.

T1-P7
12.Kita mulakan kerja dengan mengklik latar belakang gambar.Perhatikan Eraser Background Tool mempunyai tanda silang di tengah bulatan. Tanda silang adalah sebagai tanda untuk mengambil warna latar . Selepas di klik dapat diperhatikan latar belakang sudah dibuang mengikut warna yang dipilih dengan tolerance 20%.Ulanginya untuk membuang seluruh latar belakang gambar tersebut.

T1-P8T1-P9T1-P11
13. Untuk membuang tempat yang rumit seperti di bahagian rambut perlu di zoomkan dan tolerance juga hendaklah diubah supaya ianya dapat membuang bahagian latar belakang sahaja tetapi tidak mengubah bahagian depan. 
14. Untuk Zoom klikkan zoom tool. Zoom toolbar akan keluar di bahagian atas. Di Toolbar ini boleh dizoom in dan zoom out  dengan mengklik kanta pembesar bertanda + atau bertanda -.

T1-P12

T1-P13
15. Ulangi langkah 12 tetapi dengan zoom dengan lebih dekat untuk membuang warna latar belakang.
16. Untuk membuang latar belakang yang lain guna eraser tool.

T1-P6
17. Akhirnya latar belakang berjaya dibuangkan.

 T1-finish

Semoga berjaya.