Masjid besi menjadi koleksi terbaru masjid akhir zaman?

masjidbesiBERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid”.

H.R Abu Daud

Keterangan

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja

Hadis diatas mengambarkan masyarakat Islam di akhir zaman berlumba-lumba membina masjid tetapi ianya akan tinggal kosong tanpa pengisian. Terbaru masjid besi mungkin akan menjadi koleksi terbaru masjid di akhir zaman.
Persoalan yang timbul ialah kenapa dibina lagi masjid di Putrajaya sedangkan Masjid Putra tidak  berjauhan dengan masjid besi? Jarak masjid tersebut cuma 1 kilometer  dan penduduk putrajaya mempunyai 30 ribu sahaja.

Menariknya ada khabar angin mengatakan fungsi Masjid Putra  sebagai tempat ibadat bertukar sebagai tempat tarikan pelancongan . Jika ini benar maka kita sekarang betul-betul berada di akhir zaman seperti dimaksudkan oleh hadis diatas.  Semoga mendapat ikthbar daripada hadis diatas. wasalam.  

Masjid besi sudah 90 peratus siap

Masjid besi sudah 90 peratus siap

Pandangan Masjid Besi dari Masjid Putra

Pandangan Masjid Besi dari Masjid Putra

Masjid Putra

Masjid Putra

Advertisements

3 Comments to “Masjid besi menjadi koleksi terbaru masjid akhir zaman?”

  1. Tapi pada pandangan saya manusia sudah lama bermegah2 dengan binaan masjid. Cuba lihat masjid2 zaman Abbasiah dan Uthmaniyah di Asia Tengah dan TImur Tengah. Banyak yang mengambil masa lebih dari lima tahun untuk disiapkan dan hebat dengan jubin, kaca warna dan arabesque.

    Tidak sama ke?

    (bukan mempersoalkan perihal akhir zaman,ya)

    • lebih kurang la tapi yang kat putrajaya nie kedua2 masjid dibina berdekatan. Lebih teruk lagi masjid yang lama diturunkan taraf menjadi masjid biasa tidak ada lagi solat jumaat.

      Jika solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan di masjid tersebut dikira membazir sebab solat biasa sah-sahlah masjid tersebut tak penuh dan fungsi sebenar masjid juga bertukar kepada tempat pelancongan sahaja.

  2. Inilah lumrahnya sifat manusia yang tidak pernah mensyukuri dengan nikmat tuhan.
    Tatapi apabila nikmat sudah ada didepan mata mula akan timbul perasaan jemu.
    ”Jauhilah dari luka yang parah dan carilah penawar yang abadi”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: