Bas Sekolah 1Malaysia?

Pagi ini seperti biasa aku menaiki motosikal ke Sungai Buloh dari Putrajaya. Walaupun masih terasa dingin pagi niatku ke pejabat tetap diteruskan demi sesuap nasi untuk menyara keluaragaku. Motosikalku terus membelah pagi ke laluan yang biasa aku lalui. Pagi masih gelap lagi namun sinar mentari sudah haus-haus kelihatan di langit hitam.

Laluan aku menuju ke persimpangan UPM dan berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan lain melintasi simpang itu. Sambil aku leka menanti lampu bertukar ke hijau tiba-tiba sebuah Bas Sekolah keluar dari arah Mines dan membelok ke UPM menarik perhatianku. Aku perhatikan seorang remaja berdiri di tangga bas tersebut lengkap beruniform serba putih, berbangsa India. “Macam aku juga!”,  desisku mengingat kembali zaman remaja dulu suka bertengek ditangga bas. Aku sempat perhatikan pemandu dan penumpangnya sekali, semuanya berbangsa India. Aku mula terfikir mungkin bangsa India semuanya perkauman sehingga Bas Sekolah pun mesti berbangsa India.

Selang sebuah kereta selepas Bas Sekolah tadi aku tertarik dengan sebuah van yang tertulis “Bas Sekolah”. Seperti sebelum ini aku juga perhatikan pemandu dan penumpangnya, semuanya berbangsa Cina. Tanggapan aku sebelum ini mula goyah, bukan sahaja Bangsa India perkauman tetapi cina pun sama. Tak lama selepas itu sebuah van berwarna putih pula melintas didepanku juga menarik perhatianku kerana van tersebut juga membawa pelajar sekolah. Aku perhatikan pemandu dan penumpangnya sekali tapi kali ini semuanya berbangsa Melayu. Aku terperanjat semua tanggapan aku tadi sebenarnya salah tetapi hakikatnya rakyat malaysia ini memang perkauman. India dengan bangsanya, cina dengan bangsanya dan melayu juga dengan bangsanya.

Hati aku mula menyoal bagaimanakah Perdana Menteri kita hendak jadikan malaysia ini sebagai 1Malaysia? Bas Sekolah pun tidak boleh dijadikan Bas Sekolah 1Malaysia sedangkan pelajar sekolah adalah teras asas pembentukan negara majmuk. Seperti kata bidalan “Melentur aur biar daripada rebung”. Rupanya iklan TV petronas sempena hari kemerdekaan arahan Yasmin Ahmad mengenai percintaan Tang Hong Ming dengan pelajar melayu sebenarnya elok-elok sahaja hakikatnya kita sebenarnya hidup perkauman sejak dari bangku sekolah lagi. Sejauh manakah retorik 1Malaysia akan berjaya?? Adakah seusia Islam Hadhari?

Advertisements

4 Comments to “Bas Sekolah 1Malaysia?”

  1. “Melentur aur biar daripada rebung”.

    pembetulan

    melentur buluh biar dari rebung nya….ekekek

  2. Huh. Tak pernah pula saya ternampak perihal seperti permerhatian saudara. Seingat saya dahulu menaiki bas sekolah tiada pemilihan kaum; semua bercampur aduk. Akan tetapi saya ke sekolah kebangsaan yang diasaskan mubaligh (yakni ni daerah sekolah yang perkiraan kaumnya lebih kurang sama), maka di kelas juga semuanya bercampur.

    Tetapi sekarang kita lihat taburan kaum di sekolah2 tidak mencerminkan taburan kaum sebenar. Selain itu, kanak2 tidak bergaul dengan bangsa lain semenjak kecil; bagaimanakah mereka hendak bergaul bersama setelah dewasa setelah semangat perkauman yang diapi2kan menebal?

    Mungkin kita patut buat seperti Thailand; hapuskan sekolah2 jenis kebangsaan dan wujudkan hanya satu sistem sekolah. Akan tetapi sekolah agama juga akan menjadi mangsa.

    Bagaimana yea?

    • Cerita diatas hanyalah permerhatian saya sahaja kerana tiada kajian mengenainya.

      Sekolah di Malaysia memang dipisahkan dengan kaum oleh sebab itulah Bas Sekolah juga dipisahkan oleh kaum.

      Dulu pernah Tun Dr Mahathir nak laksanakan sekolah wawasan tetapi selepas mendapat bantahan kaum lain isu ini senyap jer.

      Saya setuju dengan sekolah wawasan kerana dengan ini pelajar sekolah boleh disatukan tidak mengira kaum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: