Archive for June, 2010

June 9, 2010

Ikan lumba-lumba iringi kapal sebelum serangan

Peristiwa sedih, lucu, pelik tersirat pengajaran buat aktivis kemanusiaan ke Gaza

(Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel)

KAPAL Mavi Marmara umpama madrasah bagi kami kerana di situlah semua sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerima pendidikan yang sangat berguna, sekali gus melatih jiwa dan hati kami untuk lebih dekat kepada Allah.

Perjalanan itu, meskipun tidak sempat menghabiskan misi kerana diserang komando Israel, cukup bermakna dalam membuka pelbagai pintu rahsia. Semua petugas umpama baru tamat dalam satu proses pendidikan mengenali erti kemanusiaan dan kehidupan sebenar sebagai hamba Allah.

Empat bulan lalu, hampir setiap hari saya membaca petikan Surah Al‘Imran yang bermaksud: “Para syuhada dianggap hidup di sisi Allah dan sentiasa meminta izin daripada-Nya untuk balik ke dunia dan bertemu dengan pejuang yang masih hidup bagi mengirimkan pesanan supaya jangan takut serta sedih.”

Ketika ayat itu dibacakan setiap hari, sebenarnya saya masih menaruh harapan supaya dibenarkan menyertai misi itu dan Alhamdulillah, berkat izin-Nya, saya akhirnya mendapat kesempatan itu sebagai rombongan terakhir bersama beberapa rakan lain selepas lapan petugas sudah pun bertolak lebih awal ke Istanbul.

Pada 22 Mei, kami bersama dua wakil media Astro Awani, tiba di lapangan terbang di Istanbul dan terpaksa bergegas, berlari ke kaunter tiket untuk mendapatkan pesawat ke Antalya, sebuah pelabuhan di Selatan Turki.

Keadaan kelam-kabut itu semata-mata untuk mendapatkan pesawat domestik dan ketika itu mulut ini tidak berhenti berzikir dan berdoa supaya kami berpeluang dan dapat tiba ke destinasi tepat pada masanya kerana tidak mahu terlepas kumpulan rombongan dan akhirnya, melegakan apabila kami dapat masuk ke pesawat lima minit sebelum ia berlepas.

Dalam pesawat itu, saya duduk di sebelah jurukamera Astro Awani, Samsul Kamal Abdul Latip yang jelas kelihatan masih terpinga-pinga dan seakan belum tahu apa kemungkinan bakal dihadapi dalam misi ini sedangkan dalam pemikiran saya sudah terbayang beberapa perkara yang boleh berlaku termasuk diserang oleh tentera Israel.

Hanya doa yang mampu dipanjatkan semoga kami semua tabah menghadapi sebarang kemungkinan terutama apabila membayangkan kapal kami mungkin dibom, ditawan atau diheret sekiranya memasuki perairan Israel.

Di Antalya, kami ditempatkan di sebuah kompleks sukan selama empat hari iaitu sejak 23 hingga 27 Mei kerana terpaksa menunggu rombongan dari Eropah dan sepanjang tempoh itu, semua sukarelawan terpaksa tidur bertilamkan lantai di ruang terbuka.

Subuh pertama kami di kompleks itu, azan dilaungkan oleh sukarelawan dari Malaysia untuk mengajak semuanya bersembahyang jemaah kerana sebelumnya dilihat kebanyakan orang hanya solat sendirian dan ia juga menjadi detik pemula di mana semuanya bersatu, malah saya sendiri berkesempatan menyampaikan kuliah Subuh dalam bahasa Arab di depan semua orang.

Masih saya ingat, ketika kuliah itu, saya membacakan sepotong ayat – “Hasbunallah Wanikmal Wakil” yang bermaksud memadailah Allah sebagai wakil kami. Ayat itu juga yang dilihat sentiasa disebut di mulut, menjadi zikir ramai orang termasuk mereka dari negara lain sepanjang memijakkan kami di kapal Mavi Marmara.

Masih jelas terbayang di mata saya, begitu ramai masyarakat dari serata dunia termasuk Eropah yang datang sendiri ke kompleks sukan itu dan merayu mahu turut serta dalam rombongan itu tetapi khabarnya hanya sebahagian dibenarkan.

Sebenarnya, banyak kisah menarik untuk dikongsi bersama sepanjang kami di kompleks sukan itu termasuk jeritan seorang warga tua dari Turki ketika dikatakan rombongan itu bakal ditangguh lagi – “Tiga tahun pun akan kami tunggu!”

Di kompleks sukan itu, sempat juga saya berbual dengan anak, Syaima Amatullah, menerusi laman facebook dan dia ada bertanya – “Abah takut tak?” dan jawab saya ketika itu – “Bukankah abah selalu baca ayat dari Surah Al-Imran.” Kenyataan saya itu dipanjangkan anak saya kepada hampir semua rakannya dalam laman web itu.

Tanggal 27 Mei, bermulalah perjalanan jihad kami apabila dibawa menaiki bas yang diiring polis serta disambut meriah oleh ribuan penduduk bandar Antalya dengan memenuhi tepi jalan, melambai serta mengibarkan bendera Turki dan Palestin, selain sebahagiannya membunyikan hon, riuh rendah sama seperti suasana ketika majlis perkahwinan di negara itu.

Terpegun seketika apabila tiba di kapal Mavi Marmara kerana berbeza sekali dengan gambar yang saya lihat. Tak sangka rupa-rupanya kapal setinggi empat setengah tingkat itu begitu besar. Pemeriksaan kastam untuk masuk ke kapal begitu ketat sehinggakan kabel pengecas telefon bimbit tiga pin turut dirampas kerana dilihat berbeza dengan kabel dari negara lain yang hanya ada dua pin.

Masuk saja dalam kapal, saya bersama beberapa rakan lain membuat sujud syukur. Sebahagian yang lain kelihatan masih terpaku kerana seakan tidak percaya akhirnya dapat memijakkan kaki di kapal itu. Ketika itu, ada seorang ahli tarikat berusia 84 tahun berkata – “Aku ke sini untuk turut serta dalam perjuangan Palestin. Apa guna sekadar berzikir jika tidak berjuang bersama.”

Kami diberi makan ala kadar. Sebenarnya jika tak diberi makan pun tak apa sebab tak langsung rasa lapar. Kami makan sekadar untuk mengelakkan lemah dan tidur pun sekadar untuk memastikan badan bertenaga.

Perjalanan kami terhenti di Cyprus pada 28 hingga 30 Mei kerana menunggu kapal lain untuk menyertai konvoi. Sepanjang tiga hari itu, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk ceramah oleh ulama di dalam kapal. Apabila kapal bergerak kembali, satu amaran sudah diberi pada malam 30 Mei kerana mereka nampak ada lampu berkelip di udara yang disyaki helikopter.

Kami juga nampak seakan ada lampu kapal lain bagaikan cuba menghampiri. Ketika itu kami diminta berkumpul dalam kumpulan 15 orang dan dibekalkan jaket keselamatan serta satu topeng gas untuk dikongsi sesama ahli kumpulan.

Jam 1 pagi, keadaan kembali tenang kerana tiada lagi tanda kapal berhampiran, namun kami diminta tidur di luar untuk bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Jam 3 pagi, kami dikejutkan dengan sorakan takbir lantaran kumpulan di belakang kapal melihat ada sekumpulan ikan lumba-lumba mengiringi kapal.

Episod serangan bermula sejurus selepas solat Subuh yang ketika itu dirasakan Subuh terakhir kami. Kelihatan beberapa bot menghampiri kami dan helikopter yang berlegar melemparkan bom asap pemedih mata, namun peliknya ia langsung tidak menjejaskan kami kerana tiap kali bom dilempar, ketika itu juga angin akan bertiup kencang menolak asap.

Meskipun keadaan huru-hara dan seakan tidak terkawal, kebanyakan kami tidak terasa gentar. Saya sendiri ditembak di bahu kanan dengan peluru getah tetapi sakitnya hanya sekejap. Malah, ketika ditawan, beberapa kali saya dipijak dan ditendang oleh komando Israel dengan kuat, namun tak pula terasa sakit atau ada kesan lebam.

Selepas ditawan dan diikat dengan tali kabel selama lebih 15 jam, ada di kalangan kami yang berpuasa, namun tidak pula terasa lapar atau lemah. Ketika itu kami hanya ingat Allah. Kekejaman komando Israel bukan sekadar tak beri makan minum, malah tak juga benarkan ke tandas sehingga ada yang terkencing dalam seluar.

Air pun hanya diberi sebotol untuk dikongsi beramai-ramai. Itupun dalam keadaan tangan diikat. Bayangkan betapa kuatnya talian persaudaraan di kalangan kami, meskipun ada yang berlainan agama apabila sesama kami menuang air ke mulut rakan yang lain bersilih ganti.

Di Ashdod, pelabuhan di Israel, kami tidak lagi menerima layanan seburuk di kapal kerana ketika itu kami diuruskan oleh pegawai dari Kementerian Dalam Negeri Israel yang nyata terpaksa melayan dengan baik lantaran sudah menerima tekanan dari kedutaan lain.

Dibawa ke penjara yang masih baru, kami ditempatkan dalam sel besar dengan empat orang sebilik. Ketika itu, sesuatu yang sangat melegakan apabila kami dapat mandi dan membersihkan diri. Tidak berapa lama ditahan kerana akhirnya kami dibebaskan selepas dikunjungi wakil kedutaan Jordan yang memang ditugaskan untuk membebaskan sukarelawan Malaysia dan Indonesia.

Teringat lagi bagaimana berani sekali seorang Ahli Parlimen Kuwait ketika menaiki bas untuk ke Jordan. Sempat dia turun semula ke tangga dan menjerit minta dia dibawa kembali ke sel dengan alasan tidak mahu dibebaskan. Jelas sekali dia seakan mencabar pegawai Israel.

Lucu pula melihat akhirnya pegawai Israel itu pula yang merayu meminta dia naik semula ke dalam bas. Itu semua akibat tekanan kuat yang diberikan kedutaan negara lain yang begitu ramai berkumpul di situ.

Masih sebak di hati ini apabila mengenangkan rakan dari Turki yang tak dibebaskan ketika kami sudah menaiki bas kerana kedutaan mereka belum tiba. Salah seorang warga Turki ada memanggil saya, memeluk dan menangis sambil menawarkan duit poket kerana beranggapan semua barang termasuk dompet saya sudah dirampas.

Sejak dibebaskan pada jam 4.30 petang, Subuh keesokan harinya baru kami sampai di sempadan Israel – Jordan, dan sesuatu yang sangat mengujakan apabila terpandang bendera Malaysia dikibarkan. Ketika itu terasa betapa pemimpin negara kita begitu mengambil berat, malah ketika kami menghubungi Perdana Menteri yang berada di Laos pada jam 2 pagi, beliau masih berdaya menjawab telefon dan menitip pesan kepada kami.

Orang pertama yang saya hubungi sejurus tiba di Jordan dan diberi hadiah sebuah telefon bimbit jenama Nokia dengan kredit panggilan sebanyak sembilan dinar ialah isteri yang kedengaran masih tenang meskipun dalam beberapa laman web sudah beranggapan saya sudah tiada.

Banyak sebenarnya pengajaran yang diperoleh daripada semua kejadian ini di mana ia pasti menguatkan iman kami selain sedar kita hanya insan kerdil yang sudah diaturkan Allah nasibnya serta bersatu seluruh bangsa dunia untuk menentang kekejaman Israel.

(Penulis, bekas Pensyarah UTM yang juga Pengerusi Aqsa Syarif adalah antara 10 sukarelawan Malaysia dalam misi keamanan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui kapal yang diserang Israel baru-baru ini).

sumber : feryco

Advertisements
June 8, 2010

Modal RM100 Untung RM10,000 sebulan

Ini bukan skim cepat kaya atau program MLM tapi adalah satu permainan. Permainan ini adalah salah satu slot kursus saya pada dua minggu lepas. Penceramah kursus tersebut telah membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai 10 peserta.  Setiap kumpulan diberi tugas yang sama iaitu mendapatkan satu idea bagi menyelesaikan satu permainan iaitu Modal RM100 untung RM10,000 dalam masa sebulan.

Setiap kumpulan diberi masa untuk berbincang dan membentangkannya. Pelbagai idea telah dibentangkan seperti menjual air, makanan dan banyak lagi tetapi semuanya tidak tepat. Namun begitu hanya satu kumpulan sahaja yang berjaya menyelesaikanya dengan betul.

Kumpulan itu membentangkan idea tersebut dengan membahagikan keuntungan yang ingin dicapai sebanyak RM10,000 kepada setiap hari. Jadi keuntungan sehari yang perlu dicapai hanyalah RM333. Kemudiannya mereka membahagikan keuntungan sehari kepada jumlah peserta bagi kumpulan tersebut yang akhirnya hanya RM33.30 sahaja perlu dicapai untuk setiap peserta. Dengan jumlah yang kecil tersebut tentu sekali setiap peserta dapat memberi komitmen yang tinggi bagi mencapai sasaran bulanan mereka.

Konsep yang sama juga telah digunakan oleh perunding Takaful atau insuran bagi merealisasikan sasaran mereka. Mereka hanya perlu mencari seorang pelanggan sahaja sehari untuk mendapat komisen sebanyak 25 hingga 35 peratus bagi setiap polisi dan bermodalkan air liur sahaja.

Mungin bagi sesetangah orang cara tersebut agak sukar untuk dicapai namun begitu empat jutawan dibawah telah membuktikan modal perniagaan yang kecil bukan penghalang kepada kejayaan mereka.

1. Fred De luca – pengasas restoran Subway

Beliau adalah bilionare yang menjadi pengasas kepada restoran sandwich fracis subway yang terkenal. Pada usia 17 tahun beliau telah meminjam $1,000 dengan rakannya, Peter Buck untuk membuka gerai sandwich dengan nama Pete’s submarine sempena nama kawannya. Kemudianya beliau menjadikan perniagaanya berkembang maju atas nama Subway. Dengan hanya bermodalkan $1,000 pada tahun 1965 sehingga Oktober 2008 perniagannya memiliki 31,000 francis di 91 negara serta mengasilkan jualan sebanyak $9 billion setahun.

2. Alex Aguila dan Nelson Gonzalez – Alienware

Pada tahun 1996 komputer industri mengalami kemerosotan kerana mendapat tekanan daripada jualan komputer klon. Margin keuntungan yang kecil semakin mengecil. Namun begitu Alex dan Nelson Gonzalex masih percaya dengan jualan komputer masih ada ruang untuk berjaya dan menjual lebih mahal daripada komputer berjenama. Mereka memasarkan komputernya kepada peminat Hardcore gamers. Dengan bermodalkan sebanyak $10,000 mereka telah memasang komputer yang berkapasiti tinggi khusus untuk Hardcore gamers dibawah syarikat Alienware. Usaha mereka akhirnya berjaya apabila pada tahun pertama sahaja syarikatnya memperolehi sebanyak $80,000 dan meningkat saban tahun sehingga mereka memperolehi $250 juta pada tahun 2006.  Pada tahun tersebut juga mereka telah menjual syarikat mereka kepada Dell dengan harga $100 juta.

 3. Mike Domek – TicketNow

Mike Domek sudah lama aktif dengan menjadi orang tengah untuk mendapatkan tiket konsert, sukan dan banyak lagi hanya mengunakan telefon. Pada tahun 1992 beliau mengambil keputusan untuk menjadi broker sepenuh masa dengan bermodalkan $100. Pada tahun 1996, beliau akhirnya menubuhkan TicketNow sebuah website yang menjadi orang tengah menjual tiket. Dalam tahun 2005, beliau telah mempunyai 200 pekerja dengan jualan sebanyak $100 juta. Seperti juga Alienware beliau juga menjual syarikatnya pada penghujung 2008 apabila TicketMaster membelinya sebanyak $265 juta.

4. Annita Roddick – The Body shop

Anita Roddick memulakan perniagaan penjagaan kulit pada tahun 1977 dengan pinjaman bank sebanyak $6,800. Beliau menghasilkan produk penjagaan kulit yang unik hasil campuran pelbagai ramuan bersama anakya di rumah. Pada permulaannya beliau mengalakkan pelangganya membawa botol yang sudah habis untuk diisi semula dengan harga diskaun untuk menurunkan kos . Pada tahun 2004, the Body Shop mempunyai 1980 rangkaian dan mempunyai 77 juta pelanggan seluruh dunia. Pada tahun 2006, L’Oreal telah membeli The Body Shop dengan harga $1 billion.

Kesimpulannya, modal besar bukan menjadi kejayaan sesautu perniagaan tetapi strategi yang baik membolehkan sesautu perniagaan berjaya. Permainan diatas adalah salah satu contoh strategi untuk berjaya dengan bermodalkan kecil.

June 6, 2010

Cuti sekolah kompang mula dipalu!!!… renjis-renjis dipilih…

Musim cuti sekolah kembali lagi maka musim kenduri kendara juga turut bermula. Pelbagai jemputan akan diterima sama ada daripada kawan-kawan, rakan-rakan sekerja atau sanak-saudara. Maka pada bulan ini jugalah katering, jurugambar, kedai pengantin, mak andam dan perkhidmatan sewa khemah mula mengatur strategi untuk menjayakan majlis-majlis kahwin yang telah ditempah.

Sebagai orang yang dijemput adalah menjadi tanggungjawab untuk menghadiri setiap majlis yang dijemput. Bukan sahaja untuk memeriahkan majlis tetapi untuk mengenal pasangan pengantin supaya tidak menjadi cerita-cerita yang tidak sedap didengar seperti fitnah atau umpat-mengumpat.

Aku rasakan kisah kawanku ini boleh dijadikan tauladan apabila untuk menghadiri Majlis Kahwin. Cerita bermula pada tengah hari tadi apabila aku menerima panggilan telefon dari kawan lamaku untuk berjumpa denganku kerana berkebetulan datang ke tempat aku untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawannya.

“Wei.. Kau senang tak hari nie..? Aku duk dekat umah ko nie,” tanya kawanku sambil gelak-gelak.

“Aku ok jer… duk kat mane nie,”

“Aku baru saje keluar dari Dewan kahwin… malu wei…,” dia terus gelak-gelak.

“Ape yang malu and kelakar sangat nie…,” aku mula binggung dengan perangai kawanku ini. Kadang kala perangainya tidak berapa betul sikit.

“Malu wei… aku silap tarikh la… aku ingatkan kenduri kawan aku hari nie rupanya semalam. Aku siap masuk dewan lagi and siap nak makan lagi tapi tuk-tuk aku tengok muka pengantin mukanya bukan kawan aku tapi orang lain la.. makcik penyambut tetamu tu siap tanya aku lagi adakah aku kawan sipengantin. Aku dengan muka yang malu mintak maaf kat makcik tu and cakap silap tempat nak cover malu… Aku pun tengok la kad jemputan tu and baru perasan tarikhnya semalam… malunya aku…  Nak jumpa kat mane nie,?” terang kawanku panjang lebar. Aku yang mulanya binggung mula tergelak-gelak dengan kerenah kawan ku ini.

Disebabkan peristiwa kawanku itulah aku mula cari kad-kad jemputan kahwin dan menyalin tarikh-tarikhnya diatas kalendar agar tidak terjadi tragedi kawanku itu…

* gambar di ambil dari blog tujuh tin kosong
June 6, 2010

Kenali 4 Rukun Yahudi rancangan menguasi dunia…

Penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan adalah seperti berikut :

1. Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

2. Yahudi berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

3. Bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

4. Yahudi menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.

Oleh itu kita hendaklah berwaspada dengan tindak tanduk Yahudi dengan menyakini tidak ada yang berkuasa selain daripada Allah S.W.T.

* sedutan daripada kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam artikel “Serangan rejim Israel buka mata pemimpin umat Islam

June 6, 2010

Jalan Jutawan… Dapatkan 5 melalui 5 jalan…

Jalan -jalan dibawah ini dapat menjamin kita menjadi Jutawan di Akhirat kelak… InsyaAllah…

1. Solat Dhuha : Rezeki murah dan keberkatan akan diperolehi melalui solat Dhuha.

2. Solat Tahajjud : Cahaya dalam kubur melalui solat Tahajjud.

3. Membaca Al-Qur’an : Kemudahan dalam menjawab pertanyaan Mungkar & Nangkir melalui membaca Al-Qur’an.

4. Sedekah : Kemudahan melintasi Siratal Mustaqim melalui Puasa & Sedekah.

5. Zikir : Mendapat perlindungan ARSY ILAHI pada hari HISAB melalui Zikrullah.

June 3, 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis…baca lah dgn khusuk

“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” “Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” “Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” “Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. “Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. “Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. “Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” “Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. “Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR!

Wassallam

June 1, 2010

3G… Gadis Gemuk Gila!!!

Biar betul, takkan lah, tapi memang betul pun. Aku seakan-akan tidak percaya.

“Kenapa lelaki ini berbahasa isyarat dengan kotak, tengah berlatih berkomunikasi bahasa isyarat kah? Tapi tak kan di tempat ini terlalu ramai orang. Macam pelik”,bertubi-tubi persoalan, gosip dan tekaan telah aku buat.

Aku cuba  menghampiri lelaki tadi untuk meredakan perasaanku yang membuak-buak ingin tahu kenapa lelaki tersebut berperangai pelik.

“Ohhhhh… patutla,” lega rasanya selepas mengetahui sebab musabab lelaki tersebut. Tiba-tiba jer lelaki tersebut berpaling ke arahku. Aku tercengang malu. Aku berkeputusan melirikkan senyuman kearahnya dan kemudianya lelaki itu juga respon yang sama.

Dunia semakin canggih, dunia komunikasi tidak mengenal batas semua orang boleh menafaatnya termasuklah OKU bisu. Lelaki tadi sebenarnya sedang berkomunikasi dengan kekasihnya melalui perkhidmatan 3G dan rasa-rasanya kedua-duanya bisu. Rupanya dengan hanya menggunakan gadget yang dinamakan handphone telah banyak mengubah kehidupan seharian kita. Ianya bukan sahaja untuk berkomunikasi tetapi juga boleh mengambil gambar, internet, bermain games dan macam-macam lagilah. Pendek kata dunia hari ini semakin kecil sekecil handphone tadi.

Tapi apa itu 3G?

3G… Gula Gula Getah…

3G… Garu Gatal Ganas…

atau

3G… Gadis Gemuk Gila !!!!!