Modal RM100 Untung RM10,000 sebulan

Ini bukan skim cepat kaya atau program MLM tapi adalah satu permainan. Permainan ini adalah salah satu slot kursus saya pada dua minggu lepas. Penceramah kursus tersebut telah membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai 10 peserta.  Setiap kumpulan diberi tugas yang sama iaitu mendapatkan satu idea bagi menyelesaikan satu permainan iaitu Modal RM100 untung RM10,000 dalam masa sebulan.

Setiap kumpulan diberi masa untuk berbincang dan membentangkannya. Pelbagai idea telah dibentangkan seperti menjual air, makanan dan banyak lagi tetapi semuanya tidak tepat. Namun begitu hanya satu kumpulan sahaja yang berjaya menyelesaikanya dengan betul.

Kumpulan itu membentangkan idea tersebut dengan membahagikan keuntungan yang ingin dicapai sebanyak RM10,000 kepada setiap hari. Jadi keuntungan sehari yang perlu dicapai hanyalah RM333. Kemudiannya mereka membahagikan keuntungan sehari kepada jumlah peserta bagi kumpulan tersebut yang akhirnya hanya RM33.30 sahaja perlu dicapai untuk setiap peserta. Dengan jumlah yang kecil tersebut tentu sekali setiap peserta dapat memberi komitmen yang tinggi bagi mencapai sasaran bulanan mereka.

Konsep yang sama juga telah digunakan oleh perunding Takaful atau insuran bagi merealisasikan sasaran mereka. Mereka hanya perlu mencari seorang pelanggan sahaja sehari untuk mendapat komisen sebanyak 25 hingga 35 peratus bagi setiap polisi dan bermodalkan air liur sahaja.

Mungin bagi sesetangah orang cara tersebut agak sukar untuk dicapai namun begitu empat jutawan dibawah telah membuktikan modal perniagaan yang kecil bukan penghalang kepada kejayaan mereka.

1. Fred De luca – pengasas restoran Subway

Beliau adalah bilionare yang menjadi pengasas kepada restoran sandwich fracis subway yang terkenal. Pada usia 17 tahun beliau telah meminjam $1,000 dengan rakannya, Peter Buck untuk membuka gerai sandwich dengan nama Pete’s submarine sempena nama kawannya. Kemudianya beliau menjadikan perniagaanya berkembang maju atas nama Subway. Dengan hanya bermodalkan $1,000 pada tahun 1965 sehingga Oktober 2008 perniagannya memiliki 31,000 francis di 91 negara serta mengasilkan jualan sebanyak $9 billion setahun.

2. Alex Aguila dan Nelson Gonzalez – Alienware

Pada tahun 1996 komputer industri mengalami kemerosotan kerana mendapat tekanan daripada jualan komputer klon. Margin keuntungan yang kecil semakin mengecil. Namun begitu Alex dan Nelson Gonzalex masih percaya dengan jualan komputer masih ada ruang untuk berjaya dan menjual lebih mahal daripada komputer berjenama. Mereka memasarkan komputernya kepada peminat Hardcore gamers. Dengan bermodalkan sebanyak $10,000 mereka telah memasang komputer yang berkapasiti tinggi khusus untuk Hardcore gamers dibawah syarikat Alienware. Usaha mereka akhirnya berjaya apabila pada tahun pertama sahaja syarikatnya memperolehi sebanyak $80,000 dan meningkat saban tahun sehingga mereka memperolehi $250 juta pada tahun 2006.  Pada tahun tersebut juga mereka telah menjual syarikat mereka kepada Dell dengan harga $100 juta.

 3. Mike Domek – TicketNow

Mike Domek sudah lama aktif dengan menjadi orang tengah untuk mendapatkan tiket konsert, sukan dan banyak lagi hanya mengunakan telefon. Pada tahun 1992 beliau mengambil keputusan untuk menjadi broker sepenuh masa dengan bermodalkan $100. Pada tahun 1996, beliau akhirnya menubuhkan TicketNow sebuah website yang menjadi orang tengah menjual tiket. Dalam tahun 2005, beliau telah mempunyai 200 pekerja dengan jualan sebanyak $100 juta. Seperti juga Alienware beliau juga menjual syarikatnya pada penghujung 2008 apabila TicketMaster membelinya sebanyak $265 juta.

4. Annita Roddick – The Body shop

Anita Roddick memulakan perniagaan penjagaan kulit pada tahun 1977 dengan pinjaman bank sebanyak $6,800. Beliau menghasilkan produk penjagaan kulit yang unik hasil campuran pelbagai ramuan bersama anakya di rumah. Pada permulaannya beliau mengalakkan pelangganya membawa botol yang sudah habis untuk diisi semula dengan harga diskaun untuk menurunkan kos . Pada tahun 2004, the Body Shop mempunyai 1980 rangkaian dan mempunyai 77 juta pelanggan seluruh dunia. Pada tahun 2006, L’Oreal telah membeli The Body Shop dengan harga $1 billion.

Kesimpulannya, modal besar bukan menjadi kejayaan sesautu perniagaan tetapi strategi yang baik membolehkan sesautu perniagaan berjaya. Permainan diatas adalah salah satu contoh strategi untuk berjaya dengan bermodalkan kecil.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: