Archive for August, 2010

August 22, 2010

Pasar Ramadhan Putrajaya diserang penembak

Antara 10 hingga 20 penembak menyerbu Pasar Ramadhan Presint 2 yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Usia mereka dalam lingkugan 20an dan berpecah-pecah membentuk kumpulan atau berseorangan. Pengunjung pasar tersebut dianggarkan seramai 20 ribu dalam satu-satu masa dan tidak ada sesiapa pun tercedera setelah ditembak oleh penembak.

Penembak yang dimaksudkan adalah jurugambar-jurugambar amatur atau professional menyerbu Putrajaya. Sudah menjadi kebiasaan Putrajaya akan dikunjungi oleh peminat fotografi pada setiap hujung minggu. Oleh kerana ketika ini adalah bulan puasa tentu sekali mereka juga tidak akan melepaskan peluang merakamkan suasana pasar tersebut.

Putrajaya menjadi destinasi pengembar fotografi kerana mempunyai daya tarikan terutamanya pada taman-tamannya, bangunan-bangunannya, tasik buatannya dan paya buatannya. Mereka datang dengan gadget kamera yang bernilai antara RM1,000 hingga RM50,000 dan kebanyakannya adalah jenis DSLR.

Taman yang selalu dikunjungi adalah Taman Botani dan Taman Wetland kerana disini mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan binatang yang unik. Selain daripada taman, bangunan-bangunan kerajaan juga menjadi sasaran seperti bangunan Istana kehakiman, Perbadanan Putrajaya, Masjid Besi, Masjid Putra, bangunan Kementerian Kewangan dan banyak lagi.

Putrajaya mempunyai 9 buah jambatan merintangi tasik buatan putrajaya dan juga menjadi tarikan pengembar fotografi. Jambatan paling diminati adalah Jambatan Seri Wawasan dan Jambatan Seri Saujana.

Jika anda juga mempunyai kamera DSLR adalah digalakan untuk menembak di Putrajaya. Luangkan masa anda untuk belajar mendapatkan pemandangan yang cantik menerusi lensa anda dan dikongsi bersama. Semoga berjaya.

Advertisements
August 16, 2010

Bolasepak Malaysia masih jauh untuk dimudiki ke pentas Asia

Kedudukan terbaru ranking dunia pasukan bola sepak Malaysia adalah berada ditangga ke 139 dunia dan ke 25 Asia kenaikan sebanyak tiga anak tangga sehingga bulan ogos ini. Kedudukan tersebut tidak banyak memberi kelebihan kepada kita kerana masih ketinggalan kepada Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia.

Pencapaian memenagi pingkat emas pada temasya Sukan SEA  di Loas tahun lalu tidak diambil kira dalam kiraan ranking dunia kerana ianya tidak diiktiraf sebagai perlawanan kelas A. Perlawanan Kelas A yang melibatkan Malaysia pada tahun ini hanyalah dua perlawanan iaitu menentang UAE dan Yemen.

Berikut adalah perlawanan kelas A melibatkan Malaysia sepanjang tahun 2009 hingga sekarang.

Tarikh

Tempat Lawan Keputusan Kejohanan
21/01/2009 Kuala Lumpur United Arab Emirates 0:5 (0:2) Kelayakan Piala Asia
12/08/2009 Kuala Lumpur Kenya 0:0 Persahabatan
15/08/2009 Kuala Lumpur China 0:0 Persahabatan
30/08/2009 Riyadh Saudi Arabia 1:2 (0:1) Persahabatan
05/09/2009 Amman Jordan 0:0 Persahabatan
11/09/2009 Kuala Lumpur Lesotho 5:0 (2:0) Persahabatan
14/11/2009 Tashkent Uzbekistan 1:3 (0:0) Kelayakan Piala Asia
18/11/2009 Kuala Lumpur Uzbekistan 1:3 (0:1) Kelayakan Piala Asia
06/01/2010 Dubai United Arab Emirates 0:1 (0:0) Kelayakan Piala Asia
27/02/2010 Kuala Lumpur Yemen 1:0 (0:0)

Persahabatan

Daripada sepuluh perlawanan terakhir Malaysia hanya mampu menang sebanyak 2 kali, seri sebanyak 3 kali dan kalah sebanyak 5 kali. Sejak ranking dunia diperkenalkan pada tahun 1993 pencapain terbaik kita adalah berada di tangga ke 75 pada tahun 1993.

Jika dibandingkan dengan pasukan jiran kita iaitu Thailand sepanjang tempoh yang sama mereka mempunyai 16 perlawanan kelas A. Lebih membanggakan perlawanan persahabatan mereka melibatkan tiga pasukan yang layak ke Piala Dunia iaitu menang ke atas New Zealand 3-1, kalah kepada Denmark 0-3 dan kalah kepada Afrika Selatan 0-4.

Diharap barisan terbaru FAM mampu melihat lebih mendalam pencapaian bola sepak negara kita dengan menggadakan perlawanan persahabatan yang berkualiti. Tujuan utama mengadakan perlawanan persahabatan bukan sahaja mampu menaikan ranking tetapi yang lebih penting pendedehan pasukan Malaysia di peringkat global sekurang-kurangnya menjadi jaguh Asia Tenggara.

August 11, 2010

Sembahyang Jumaat dalam gereja

solat jumaat dalam gerejaSebuah Gereja Katolik berubah menjadi sebuah masjid setiap hari Jumaat, untuk membolehkan penganut Islam menunaikan sembahyang Jumaat. Dalam kariah gereja Our Lady of Assumption of Ponzano Veneto berhampiran Venice, sebuah bandar romantik Itali, dewan utamanya diubahsuai untuk kegunaan sembahyang Jumaat. Ketua paderi kariah gereja tersebut, Don Aldo Danieli, 71, menegaskan, “Tak berguna bercakap tentang dialog antara agama kalau kita tidak membuka pintu untuk mereka. Pope John Paul II selalu mengucapkan, ‘wahai saudara-saudara Muslim’. Kenapa kita harus menutup pintu gereja untuk mereka?

Terdapat kira-kira 11,500 orang penduduk di Ponzano, dengan jumlah keluarga imigran sebanyak 232 menjadikan jumlah kasar penduduk Islam sekitar 650 orang. Kebanyakan mereka datangnya dari Negara-negara Afrika Utara dan Eropah Timur. Dua tahun lalu, Don Aldo memutuskan untuk membenarkan imigran-imigran Muslim menggunakan beberapa bahagian dalam gereja. Pada setiap hari Jumaat, purata kehadiran penganut islam untuk bersembahyang adalah sebanyak 200 orang. Tapi dalam bulan Ramadan, jumlahnya meningkat ke 1000-1200. “Mereka minta kebenaran dan saya kata ya, lagipun, bahagian dapur dan dewan dah penuh dengan sarang labah”.

Keputusan Don Aldo itu telah menimbulkan rasa tidak puas-hati di kalangan beberapa orang ahli kariah. Terdapat juga bantahan di kalangan bishop tempatan dan paderi yang sampai ke pengetahuannya. “Saya belum lagi meminta kebenaran dari bishop, kerana pada saya ia adalah satu bentuk kebajikan. Kebenaran tak diperlukan untuk buat kebajikan. Selain dari itu, saya lebih tua dari bishop tersebut dan juga, pernah menjadi professor beliau di seminary (sekolah paderi). Sekalipun jika dia melarang saya, saya tidak akan berganjak,”kata Don Aldo dalam nada tegas. Dia tidak ragu-ragu untuk berkata, “Orang Islam yang bersembahyang adalah lebih baik dari orang Kristian yang tidak sembahyang. Anda silap jika menggelar saya seorang yang bersikap perkauman,”. Dalam masa dua tahun yang lalu, Don Aldo telah menerima email dan surat –surat yang menasihati beliau supaya “terus kekal bersama jamaah kariahnya”. Menurut Don Aldo lagi, “pope menggesa supaya pintu dibuka untuk Nabi Isa: Nabi Isa juga berada bersama orang Islam.”

Akhir-akhir ini, Itali menjadi destinasi kegemaran imigran terutamanya, dari kalangan beragama Islam dari Afrika Utara dan Eropah Timur. Berhubung dengan situasi ini, masyarakat awam mempunyai pendapat yang berbeza. “Akhirnya, satu isyarat jelas tentang keterbukaan dan penerimaan’, kata seorang dari mereka. “Tak guna untuk bercakap tentang keterbukaan dan kemudian tidak mengamalkannya apabila diri sendiri mempunyai prasangka. Paderi begini membuat kami percaya tentang masa depan,” tulis yang lain. “Perkara yang paling menyedihkan ialah apabila bilangan jemaah pada hari Jumaat lebih ramai dari jemaah hari Ahad”, komen yang lain. “Harap-harap pastor tidak masuk Islam”, sindir seorang lagi. Sungguhpun begitu, majoriti orang awam menyokong pastor Don Aldo. Dalam arus perubahan globalisasi, Itali beransur-ansur dapat membiasakan diri dengan imigran-imigran yang berlainan agama dan budaya. Kes-kes seperti ini telah membawa kepada bertambahnya perdebatan tentang integrasi dan imigrasi di peringkat kawasan dan kebangsaan, dan ini sangat penting bagi Itali, yang mana di dalamnya terletak Jantung Agama Kristian.

sumber : Berita Islam Global