August 16, 2010

Bolasepak Malaysia masih jauh untuk dimudiki ke pentas Asia

Kedudukan terbaru ranking dunia pasukan bola sepak Malaysia adalah berada ditangga ke 139 dunia dan ke 25 Asia kenaikan sebanyak tiga anak tangga sehingga bulan ogos ini. Kedudukan tersebut tidak banyak memberi kelebihan kepada kita kerana masih ketinggalan kepada Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia.

Pencapaian memenagi pingkat emas pada temasya Sukan SEA  di Loas tahun lalu tidak diambil kira dalam kiraan ranking dunia kerana ianya tidak diiktiraf sebagai perlawanan kelas A. Perlawanan Kelas A yang melibatkan Malaysia pada tahun ini hanyalah dua perlawanan iaitu menentang UAE dan Yemen.

Berikut adalah perlawanan kelas A melibatkan Malaysia sepanjang tahun 2009 hingga sekarang.

Tarikh

Tempat Lawan Keputusan Kejohanan
21/01/2009 Kuala Lumpur United Arab Emirates 0:5 (0:2) Kelayakan Piala Asia
12/08/2009 Kuala Lumpur Kenya 0:0 Persahabatan
15/08/2009 Kuala Lumpur China 0:0 Persahabatan
30/08/2009 Riyadh Saudi Arabia 1:2 (0:1) Persahabatan
05/09/2009 Amman Jordan 0:0 Persahabatan
11/09/2009 Kuala Lumpur Lesotho 5:0 (2:0) Persahabatan
14/11/2009 Tashkent Uzbekistan 1:3 (0:0) Kelayakan Piala Asia
18/11/2009 Kuala Lumpur Uzbekistan 1:3 (0:1) Kelayakan Piala Asia
06/01/2010 Dubai United Arab Emirates 0:1 (0:0) Kelayakan Piala Asia
27/02/2010 Kuala Lumpur Yemen 1:0 (0:0)

Persahabatan

Daripada sepuluh perlawanan terakhir Malaysia hanya mampu menang sebanyak 2 kali, seri sebanyak 3 kali dan kalah sebanyak 5 kali. Sejak ranking dunia diperkenalkan pada tahun 1993 pencapain terbaik kita adalah berada di tangga ke 75 pada tahun 1993.

Jika dibandingkan dengan pasukan jiran kita iaitu Thailand sepanjang tempoh yang sama mereka mempunyai 16 perlawanan kelas A. Lebih membanggakan perlawanan persahabatan mereka melibatkan tiga pasukan yang layak ke Piala Dunia iaitu menang ke atas New Zealand 3-1, kalah kepada Denmark 0-3 dan kalah kepada Afrika Selatan 0-4.

Diharap barisan terbaru FAM mampu melihat lebih mendalam pencapaian bola sepak negara kita dengan menggadakan perlawanan persahabatan yang berkualiti. Tujuan utama mengadakan perlawanan persahabatan bukan sahaja mampu menaikan ranking tetapi yang lebih penting pendedehan pasukan Malaysia di peringkat global sekurang-kurangnya menjadi jaguh Asia Tenggara.

August 11, 2010

Sembahyang Jumaat dalam gereja

solat jumaat dalam gerejaSebuah Gereja Katolik berubah menjadi sebuah masjid setiap hari Jumaat, untuk membolehkan penganut Islam menunaikan sembahyang Jumaat. Dalam kariah gereja Our Lady of Assumption of Ponzano Veneto berhampiran Venice, sebuah bandar romantik Itali, dewan utamanya diubahsuai untuk kegunaan sembahyang Jumaat. Ketua paderi kariah gereja tersebut, Don Aldo Danieli, 71, menegaskan, “Tak berguna bercakap tentang dialog antara agama kalau kita tidak membuka pintu untuk mereka. Pope John Paul II selalu mengucapkan, ‘wahai saudara-saudara Muslim’. Kenapa kita harus menutup pintu gereja untuk mereka?

Terdapat kira-kira 11,500 orang penduduk di Ponzano, dengan jumlah keluarga imigran sebanyak 232 menjadikan jumlah kasar penduduk Islam sekitar 650 orang. Kebanyakan mereka datangnya dari Negara-negara Afrika Utara dan Eropah Timur. Dua tahun lalu, Don Aldo memutuskan untuk membenarkan imigran-imigran Muslim menggunakan beberapa bahagian dalam gereja. Pada setiap hari Jumaat, purata kehadiran penganut islam untuk bersembahyang adalah sebanyak 200 orang. Tapi dalam bulan Ramadan, jumlahnya meningkat ke 1000-1200. “Mereka minta kebenaran dan saya kata ya, lagipun, bahagian dapur dan dewan dah penuh dengan sarang labah”.

Keputusan Don Aldo itu telah menimbulkan rasa tidak puas-hati di kalangan beberapa orang ahli kariah. Terdapat juga bantahan di kalangan bishop tempatan dan paderi yang sampai ke pengetahuannya. “Saya belum lagi meminta kebenaran dari bishop, kerana pada saya ia adalah satu bentuk kebajikan. Kebenaran tak diperlukan untuk buat kebajikan. Selain dari itu, saya lebih tua dari bishop tersebut dan juga, pernah menjadi professor beliau di seminary (sekolah paderi). Sekalipun jika dia melarang saya, saya tidak akan berganjak,”kata Don Aldo dalam nada tegas. Dia tidak ragu-ragu untuk berkata, “Orang Islam yang bersembahyang adalah lebih baik dari orang Kristian yang tidak sembahyang. Anda silap jika menggelar saya seorang yang bersikap perkauman,”. Dalam masa dua tahun yang lalu, Don Aldo telah menerima email dan surat –surat yang menasihati beliau supaya “terus kekal bersama jamaah kariahnya”. Menurut Don Aldo lagi, “pope menggesa supaya pintu dibuka untuk Nabi Isa: Nabi Isa juga berada bersama orang Islam.”

Akhir-akhir ini, Itali menjadi destinasi kegemaran imigran terutamanya, dari kalangan beragama Islam dari Afrika Utara dan Eropah Timur. Berhubung dengan situasi ini, masyarakat awam mempunyai pendapat yang berbeza. “Akhirnya, satu isyarat jelas tentang keterbukaan dan penerimaan’, kata seorang dari mereka. “Tak guna untuk bercakap tentang keterbukaan dan kemudian tidak mengamalkannya apabila diri sendiri mempunyai prasangka. Paderi begini membuat kami percaya tentang masa depan,” tulis yang lain. “Perkara yang paling menyedihkan ialah apabila bilangan jemaah pada hari Jumaat lebih ramai dari jemaah hari Ahad”, komen yang lain. “Harap-harap pastor tidak masuk Islam”, sindir seorang lagi. Sungguhpun begitu, majoriti orang awam menyokong pastor Don Aldo. Dalam arus perubahan globalisasi, Itali beransur-ansur dapat membiasakan diri dengan imigran-imigran yang berlainan agama dan budaya. Kes-kes seperti ini telah membawa kepada bertambahnya perdebatan tentang integrasi dan imigrasi di peringkat kawasan dan kebangsaan, dan ini sangat penting bagi Itali, yang mana di dalamnya terletak Jantung Agama Kristian.

sumber : Berita Islam Global

June 9, 2010

Ikan lumba-lumba iringi kapal sebelum serangan

Peristiwa sedih, lucu, pelik tersirat pengajaran buat aktivis kemanusiaan ke Gaza

(Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel)

KAPAL Mavi Marmara umpama madrasah bagi kami kerana di situlah semua sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerima pendidikan yang sangat berguna, sekali gus melatih jiwa dan hati kami untuk lebih dekat kepada Allah.

Perjalanan itu, meskipun tidak sempat menghabiskan misi kerana diserang komando Israel, cukup bermakna dalam membuka pelbagai pintu rahsia. Semua petugas umpama baru tamat dalam satu proses pendidikan mengenali erti kemanusiaan dan kehidupan sebenar sebagai hamba Allah.

Empat bulan lalu, hampir setiap hari saya membaca petikan Surah Al‘Imran yang bermaksud: “Para syuhada dianggap hidup di sisi Allah dan sentiasa meminta izin daripada-Nya untuk balik ke dunia dan bertemu dengan pejuang yang masih hidup bagi mengirimkan pesanan supaya jangan takut serta sedih.”

Ketika ayat itu dibacakan setiap hari, sebenarnya saya masih menaruh harapan supaya dibenarkan menyertai misi itu dan Alhamdulillah, berkat izin-Nya, saya akhirnya mendapat kesempatan itu sebagai rombongan terakhir bersama beberapa rakan lain selepas lapan petugas sudah pun bertolak lebih awal ke Istanbul.

Pada 22 Mei, kami bersama dua wakil media Astro Awani, tiba di lapangan terbang di Istanbul dan terpaksa bergegas, berlari ke kaunter tiket untuk mendapatkan pesawat ke Antalya, sebuah pelabuhan di Selatan Turki.

Keadaan kelam-kabut itu semata-mata untuk mendapatkan pesawat domestik dan ketika itu mulut ini tidak berhenti berzikir dan berdoa supaya kami berpeluang dan dapat tiba ke destinasi tepat pada masanya kerana tidak mahu terlepas kumpulan rombongan dan akhirnya, melegakan apabila kami dapat masuk ke pesawat lima minit sebelum ia berlepas.

Dalam pesawat itu, saya duduk di sebelah jurukamera Astro Awani, Samsul Kamal Abdul Latip yang jelas kelihatan masih terpinga-pinga dan seakan belum tahu apa kemungkinan bakal dihadapi dalam misi ini sedangkan dalam pemikiran saya sudah terbayang beberapa perkara yang boleh berlaku termasuk diserang oleh tentera Israel.

Hanya doa yang mampu dipanjatkan semoga kami semua tabah menghadapi sebarang kemungkinan terutama apabila membayangkan kapal kami mungkin dibom, ditawan atau diheret sekiranya memasuki perairan Israel.

Di Antalya, kami ditempatkan di sebuah kompleks sukan selama empat hari iaitu sejak 23 hingga 27 Mei kerana terpaksa menunggu rombongan dari Eropah dan sepanjang tempoh itu, semua sukarelawan terpaksa tidur bertilamkan lantai di ruang terbuka.

Subuh pertama kami di kompleks itu, azan dilaungkan oleh sukarelawan dari Malaysia untuk mengajak semuanya bersembahyang jemaah kerana sebelumnya dilihat kebanyakan orang hanya solat sendirian dan ia juga menjadi detik pemula di mana semuanya bersatu, malah saya sendiri berkesempatan menyampaikan kuliah Subuh dalam bahasa Arab di depan semua orang.

Masih saya ingat, ketika kuliah itu, saya membacakan sepotong ayat – “Hasbunallah Wanikmal Wakil” yang bermaksud memadailah Allah sebagai wakil kami. Ayat itu juga yang dilihat sentiasa disebut di mulut, menjadi zikir ramai orang termasuk mereka dari negara lain sepanjang memijakkan kami di kapal Mavi Marmara.

Masih jelas terbayang di mata saya, begitu ramai masyarakat dari serata dunia termasuk Eropah yang datang sendiri ke kompleks sukan itu dan merayu mahu turut serta dalam rombongan itu tetapi khabarnya hanya sebahagian dibenarkan.

Sebenarnya, banyak kisah menarik untuk dikongsi bersama sepanjang kami di kompleks sukan itu termasuk jeritan seorang warga tua dari Turki ketika dikatakan rombongan itu bakal ditangguh lagi – “Tiga tahun pun akan kami tunggu!”

Di kompleks sukan itu, sempat juga saya berbual dengan anak, Syaima Amatullah, menerusi laman facebook dan dia ada bertanya – “Abah takut tak?” dan jawab saya ketika itu – “Bukankah abah selalu baca ayat dari Surah Al-Imran.” Kenyataan saya itu dipanjangkan anak saya kepada hampir semua rakannya dalam laman web itu.

Tanggal 27 Mei, bermulalah perjalanan jihad kami apabila dibawa menaiki bas yang diiring polis serta disambut meriah oleh ribuan penduduk bandar Antalya dengan memenuhi tepi jalan, melambai serta mengibarkan bendera Turki dan Palestin, selain sebahagiannya membunyikan hon, riuh rendah sama seperti suasana ketika majlis perkahwinan di negara itu.

Terpegun seketika apabila tiba di kapal Mavi Marmara kerana berbeza sekali dengan gambar yang saya lihat. Tak sangka rupa-rupanya kapal setinggi empat setengah tingkat itu begitu besar. Pemeriksaan kastam untuk masuk ke kapal begitu ketat sehinggakan kabel pengecas telefon bimbit tiga pin turut dirampas kerana dilihat berbeza dengan kabel dari negara lain yang hanya ada dua pin.

Masuk saja dalam kapal, saya bersama beberapa rakan lain membuat sujud syukur. Sebahagian yang lain kelihatan masih terpaku kerana seakan tidak percaya akhirnya dapat memijakkan kaki di kapal itu. Ketika itu, ada seorang ahli tarikat berusia 84 tahun berkata – “Aku ke sini untuk turut serta dalam perjuangan Palestin. Apa guna sekadar berzikir jika tidak berjuang bersama.”

Kami diberi makan ala kadar. Sebenarnya jika tak diberi makan pun tak apa sebab tak langsung rasa lapar. Kami makan sekadar untuk mengelakkan lemah dan tidur pun sekadar untuk memastikan badan bertenaga.

Perjalanan kami terhenti di Cyprus pada 28 hingga 30 Mei kerana menunggu kapal lain untuk menyertai konvoi. Sepanjang tiga hari itu, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk ceramah oleh ulama di dalam kapal. Apabila kapal bergerak kembali, satu amaran sudah diberi pada malam 30 Mei kerana mereka nampak ada lampu berkelip di udara yang disyaki helikopter.

Kami juga nampak seakan ada lampu kapal lain bagaikan cuba menghampiri. Ketika itu kami diminta berkumpul dalam kumpulan 15 orang dan dibekalkan jaket keselamatan serta satu topeng gas untuk dikongsi sesama ahli kumpulan.

Jam 1 pagi, keadaan kembali tenang kerana tiada lagi tanda kapal berhampiran, namun kami diminta tidur di luar untuk bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Jam 3 pagi, kami dikejutkan dengan sorakan takbir lantaran kumpulan di belakang kapal melihat ada sekumpulan ikan lumba-lumba mengiringi kapal.

Episod serangan bermula sejurus selepas solat Subuh yang ketika itu dirasakan Subuh terakhir kami. Kelihatan beberapa bot menghampiri kami dan helikopter yang berlegar melemparkan bom asap pemedih mata, namun peliknya ia langsung tidak menjejaskan kami kerana tiap kali bom dilempar, ketika itu juga angin akan bertiup kencang menolak asap.

Meskipun keadaan huru-hara dan seakan tidak terkawal, kebanyakan kami tidak terasa gentar. Saya sendiri ditembak di bahu kanan dengan peluru getah tetapi sakitnya hanya sekejap. Malah, ketika ditawan, beberapa kali saya dipijak dan ditendang oleh komando Israel dengan kuat, namun tak pula terasa sakit atau ada kesan lebam.

Selepas ditawan dan diikat dengan tali kabel selama lebih 15 jam, ada di kalangan kami yang berpuasa, namun tidak pula terasa lapar atau lemah. Ketika itu kami hanya ingat Allah. Kekejaman komando Israel bukan sekadar tak beri makan minum, malah tak juga benarkan ke tandas sehingga ada yang terkencing dalam seluar.

Air pun hanya diberi sebotol untuk dikongsi beramai-ramai. Itupun dalam keadaan tangan diikat. Bayangkan betapa kuatnya talian persaudaraan di kalangan kami, meskipun ada yang berlainan agama apabila sesama kami menuang air ke mulut rakan yang lain bersilih ganti.

Di Ashdod, pelabuhan di Israel, kami tidak lagi menerima layanan seburuk di kapal kerana ketika itu kami diuruskan oleh pegawai dari Kementerian Dalam Negeri Israel yang nyata terpaksa melayan dengan baik lantaran sudah menerima tekanan dari kedutaan lain.

Dibawa ke penjara yang masih baru, kami ditempatkan dalam sel besar dengan empat orang sebilik. Ketika itu, sesuatu yang sangat melegakan apabila kami dapat mandi dan membersihkan diri. Tidak berapa lama ditahan kerana akhirnya kami dibebaskan selepas dikunjungi wakil kedutaan Jordan yang memang ditugaskan untuk membebaskan sukarelawan Malaysia dan Indonesia.

Teringat lagi bagaimana berani sekali seorang Ahli Parlimen Kuwait ketika menaiki bas untuk ke Jordan. Sempat dia turun semula ke tangga dan menjerit minta dia dibawa kembali ke sel dengan alasan tidak mahu dibebaskan. Jelas sekali dia seakan mencabar pegawai Israel.

Lucu pula melihat akhirnya pegawai Israel itu pula yang merayu meminta dia naik semula ke dalam bas. Itu semua akibat tekanan kuat yang diberikan kedutaan negara lain yang begitu ramai berkumpul di situ.

Masih sebak di hati ini apabila mengenangkan rakan dari Turki yang tak dibebaskan ketika kami sudah menaiki bas kerana kedutaan mereka belum tiba. Salah seorang warga Turki ada memanggil saya, memeluk dan menangis sambil menawarkan duit poket kerana beranggapan semua barang termasuk dompet saya sudah dirampas.

Sejak dibebaskan pada jam 4.30 petang, Subuh keesokan harinya baru kami sampai di sempadan Israel – Jordan, dan sesuatu yang sangat mengujakan apabila terpandang bendera Malaysia dikibarkan. Ketika itu terasa betapa pemimpin negara kita begitu mengambil berat, malah ketika kami menghubungi Perdana Menteri yang berada di Laos pada jam 2 pagi, beliau masih berdaya menjawab telefon dan menitip pesan kepada kami.

Orang pertama yang saya hubungi sejurus tiba di Jordan dan diberi hadiah sebuah telefon bimbit jenama Nokia dengan kredit panggilan sebanyak sembilan dinar ialah isteri yang kedengaran masih tenang meskipun dalam beberapa laman web sudah beranggapan saya sudah tiada.

Banyak sebenarnya pengajaran yang diperoleh daripada semua kejadian ini di mana ia pasti menguatkan iman kami selain sedar kita hanya insan kerdil yang sudah diaturkan Allah nasibnya serta bersatu seluruh bangsa dunia untuk menentang kekejaman Israel.

(Penulis, bekas Pensyarah UTM yang juga Pengerusi Aqsa Syarif adalah antara 10 sukarelawan Malaysia dalam misi keamanan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui kapal yang diserang Israel baru-baru ini).

sumber : feryco

June 8, 2010

Modal RM100 Untung RM10,000 sebulan

Ini bukan skim cepat kaya atau program MLM tapi adalah satu permainan. Permainan ini adalah salah satu slot kursus saya pada dua minggu lepas. Penceramah kursus tersebut telah membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai 10 peserta.  Setiap kumpulan diberi tugas yang sama iaitu mendapatkan satu idea bagi menyelesaikan satu permainan iaitu Modal RM100 untung RM10,000 dalam masa sebulan.

Setiap kumpulan diberi masa untuk berbincang dan membentangkannya. Pelbagai idea telah dibentangkan seperti menjual air, makanan dan banyak lagi tetapi semuanya tidak tepat. Namun begitu hanya satu kumpulan sahaja yang berjaya menyelesaikanya dengan betul.

Kumpulan itu membentangkan idea tersebut dengan membahagikan keuntungan yang ingin dicapai sebanyak RM10,000 kepada setiap hari. Jadi keuntungan sehari yang perlu dicapai hanyalah RM333. Kemudiannya mereka membahagikan keuntungan sehari kepada jumlah peserta bagi kumpulan tersebut yang akhirnya hanya RM33.30 sahaja perlu dicapai untuk setiap peserta. Dengan jumlah yang kecil tersebut tentu sekali setiap peserta dapat memberi komitmen yang tinggi bagi mencapai sasaran bulanan mereka.

Konsep yang sama juga telah digunakan oleh perunding Takaful atau insuran bagi merealisasikan sasaran mereka. Mereka hanya perlu mencari seorang pelanggan sahaja sehari untuk mendapat komisen sebanyak 25 hingga 35 peratus bagi setiap polisi dan bermodalkan air liur sahaja.

Mungin bagi sesetangah orang cara tersebut agak sukar untuk dicapai namun begitu empat jutawan dibawah telah membuktikan modal perniagaan yang kecil bukan penghalang kepada kejayaan mereka.

1. Fred De luca – pengasas restoran Subway

Beliau adalah bilionare yang menjadi pengasas kepada restoran sandwich fracis subway yang terkenal. Pada usia 17 tahun beliau telah meminjam $1,000 dengan rakannya, Peter Buck untuk membuka gerai sandwich dengan nama Pete’s submarine sempena nama kawannya. Kemudianya beliau menjadikan perniagaanya berkembang maju atas nama Subway. Dengan hanya bermodalkan $1,000 pada tahun 1965 sehingga Oktober 2008 perniagannya memiliki 31,000 francis di 91 negara serta mengasilkan jualan sebanyak $9 billion setahun.

2. Alex Aguila dan Nelson Gonzalez – Alienware

Pada tahun 1996 komputer industri mengalami kemerosotan kerana mendapat tekanan daripada jualan komputer klon. Margin keuntungan yang kecil semakin mengecil. Namun begitu Alex dan Nelson Gonzalex masih percaya dengan jualan komputer masih ada ruang untuk berjaya dan menjual lebih mahal daripada komputer berjenama. Mereka memasarkan komputernya kepada peminat Hardcore gamers. Dengan bermodalkan sebanyak $10,000 mereka telah memasang komputer yang berkapasiti tinggi khusus untuk Hardcore gamers dibawah syarikat Alienware. Usaha mereka akhirnya berjaya apabila pada tahun pertama sahaja syarikatnya memperolehi sebanyak $80,000 dan meningkat saban tahun sehingga mereka memperolehi $250 juta pada tahun 2006.  Pada tahun tersebut juga mereka telah menjual syarikat mereka kepada Dell dengan harga $100 juta.

 3. Mike Domek – TicketNow

Mike Domek sudah lama aktif dengan menjadi orang tengah untuk mendapatkan tiket konsert, sukan dan banyak lagi hanya mengunakan telefon. Pada tahun 1992 beliau mengambil keputusan untuk menjadi broker sepenuh masa dengan bermodalkan $100. Pada tahun 1996, beliau akhirnya menubuhkan TicketNow sebuah website yang menjadi orang tengah menjual tiket. Dalam tahun 2005, beliau telah mempunyai 200 pekerja dengan jualan sebanyak $100 juta. Seperti juga Alienware beliau juga menjual syarikatnya pada penghujung 2008 apabila TicketMaster membelinya sebanyak $265 juta.

4. Annita Roddick – The Body shop

Anita Roddick memulakan perniagaan penjagaan kulit pada tahun 1977 dengan pinjaman bank sebanyak $6,800. Beliau menghasilkan produk penjagaan kulit yang unik hasil campuran pelbagai ramuan bersama anakya di rumah. Pada permulaannya beliau mengalakkan pelangganya membawa botol yang sudah habis untuk diisi semula dengan harga diskaun untuk menurunkan kos . Pada tahun 2004, the Body Shop mempunyai 1980 rangkaian dan mempunyai 77 juta pelanggan seluruh dunia. Pada tahun 2006, L’Oreal telah membeli The Body Shop dengan harga $1 billion.

Kesimpulannya, modal besar bukan menjadi kejayaan sesautu perniagaan tetapi strategi yang baik membolehkan sesautu perniagaan berjaya. Permainan diatas adalah salah satu contoh strategi untuk berjaya dengan bermodalkan kecil.

June 6, 2010

Cuti sekolah kompang mula dipalu!!!… renjis-renjis dipilih…

Musim cuti sekolah kembali lagi maka musim kenduri kendara juga turut bermula. Pelbagai jemputan akan diterima sama ada daripada kawan-kawan, rakan-rakan sekerja atau sanak-saudara. Maka pada bulan ini jugalah katering, jurugambar, kedai pengantin, mak andam dan perkhidmatan sewa khemah mula mengatur strategi untuk menjayakan majlis-majlis kahwin yang telah ditempah.

Sebagai orang yang dijemput adalah menjadi tanggungjawab untuk menghadiri setiap majlis yang dijemput. Bukan sahaja untuk memeriahkan majlis tetapi untuk mengenal pasangan pengantin supaya tidak menjadi cerita-cerita yang tidak sedap didengar seperti fitnah atau umpat-mengumpat.

Aku rasakan kisah kawanku ini boleh dijadikan tauladan apabila untuk menghadiri Majlis Kahwin. Cerita bermula pada tengah hari tadi apabila aku menerima panggilan telefon dari kawan lamaku untuk berjumpa denganku kerana berkebetulan datang ke tempat aku untuk menghadiri Majlis Perkahwinan kawannya.

“Wei.. Kau senang tak hari nie..? Aku duk dekat umah ko nie,” tanya kawanku sambil gelak-gelak.

“Aku ok jer… duk kat mane nie,”

“Aku baru saje keluar dari Dewan kahwin… malu wei…,” dia terus gelak-gelak.

“Ape yang malu and kelakar sangat nie…,” aku mula binggung dengan perangai kawanku ini. Kadang kala perangainya tidak berapa betul sikit.

“Malu wei… aku silap tarikh la… aku ingatkan kenduri kawan aku hari nie rupanya semalam. Aku siap masuk dewan lagi and siap nak makan lagi tapi tuk-tuk aku tengok muka pengantin mukanya bukan kawan aku tapi orang lain la.. makcik penyambut tetamu tu siap tanya aku lagi adakah aku kawan sipengantin. Aku dengan muka yang malu mintak maaf kat makcik tu and cakap silap tempat nak cover malu… Aku pun tengok la kad jemputan tu and baru perasan tarikhnya semalam… malunya aku…  Nak jumpa kat mane nie,?” terang kawanku panjang lebar. Aku yang mulanya binggung mula tergelak-gelak dengan kerenah kawan ku ini.

Disebabkan peristiwa kawanku itulah aku mula cari kad-kad jemputan kahwin dan menyalin tarikh-tarikhnya diatas kalendar agar tidak terjadi tragedi kawanku itu…

* gambar di ambil dari blog tujuh tin kosong
June 6, 2010

Kenali 4 Rukun Yahudi rancangan menguasi dunia…

Penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan adalah seperti berikut :

1. Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

2. Yahudi berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

3. Bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

4. Yahudi menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.

Oleh itu kita hendaklah berwaspada dengan tindak tanduk Yahudi dengan menyakini tidak ada yang berkuasa selain daripada Allah S.W.T.

* sedutan daripada kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam artikel “Serangan rejim Israel buka mata pemimpin umat Islam

June 6, 2010

Jalan Jutawan… Dapatkan 5 melalui 5 jalan…

Jalan -jalan dibawah ini dapat menjamin kita menjadi Jutawan di Akhirat kelak… InsyaAllah…

1. Solat Dhuha : Rezeki murah dan keberkatan akan diperolehi melalui solat Dhuha.

2. Solat Tahajjud : Cahaya dalam kubur melalui solat Tahajjud.

3. Membaca Al-Qur’an : Kemudahan dalam menjawab pertanyaan Mungkar & Nangkir melalui membaca Al-Qur’an.

4. Sedekah : Kemudahan melintasi Siratal Mustaqim melalui Puasa & Sedekah.

5. Zikir : Mendapat perlindungan ARSY ILAHI pada hari HISAB melalui Zikrullah.

June 3, 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis…baca lah dgn khusuk

“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” “Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” “Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” “Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. “Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. “Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. “Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” “Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. “Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR!

Wassallam

June 1, 2010

3G… Gadis Gemuk Gila!!!

Biar betul, takkan lah, tapi memang betul pun. Aku seakan-akan tidak percaya.

“Kenapa lelaki ini berbahasa isyarat dengan kotak, tengah berlatih berkomunikasi bahasa isyarat kah? Tapi tak kan di tempat ini terlalu ramai orang. Macam pelik”,bertubi-tubi persoalan, gosip dan tekaan telah aku buat.

Aku cuba  menghampiri lelaki tadi untuk meredakan perasaanku yang membuak-buak ingin tahu kenapa lelaki tersebut berperangai pelik.

“Ohhhhh… patutla,” lega rasanya selepas mengetahui sebab musabab lelaki tersebut. Tiba-tiba jer lelaki tersebut berpaling ke arahku. Aku tercengang malu. Aku berkeputusan melirikkan senyuman kearahnya dan kemudianya lelaki itu juga respon yang sama.

Dunia semakin canggih, dunia komunikasi tidak mengenal batas semua orang boleh menafaatnya termasuklah OKU bisu. Lelaki tadi sebenarnya sedang berkomunikasi dengan kekasihnya melalui perkhidmatan 3G dan rasa-rasanya kedua-duanya bisu. Rupanya dengan hanya menggunakan gadget yang dinamakan handphone telah banyak mengubah kehidupan seharian kita. Ianya bukan sahaja untuk berkomunikasi tetapi juga boleh mengambil gambar, internet, bermain games dan macam-macam lagilah. Pendek kata dunia hari ini semakin kecil sekecil handphone tadi.

Tapi apa itu 3G?

3G… Gula Gula Getah…

3G… Garu Gatal Ganas…

atau

3G… Gadis Gemuk Gila !!!!!

May 31, 2010

Bank Islam-Menindas Rakyat Atas Nama Islam

Apabila sesuatu itu di buat atas nama Islam, ianya mistilah berasakan kesucian dengan berpandukan ajaran Rasul. Melebelkan nama Islam, sebenarnya merupakan satu tanggungjawab besar untuk melaksanakan amalan-amalan keislaman itu sendiri. Mengapakah bank itu dinamakan Bank Islam? Tidakkah Bank Islam terasa terpikul dengan nama Islam yang disandangnya. Melebel Islam tetapi tidak beridentitikan Islam adalah perbuatan yang ‘meloyakan’ . Kecualilah, orang-orang yang menubuhkannya mempunyai agenda bisnes untruk medominasi umat-umat Melayu supaya melunggukkan duit di situ kerana rata-rata orang Islam lebih mementingkan kesucian. Kita lihat sejauhmanakah perjalanan dan perlaksanaan sistem bank islam benar-benar islam? Apakan bezanya Bank Islam dengan bank-bank konvensional yang lain.? Mungkinkah dengan penukaran istilah dari istilah faedah kepada profit misalnya, menyebabkan ianya menjadi suci? Sejauhmana Bank Islam hanya berhujjah dangan isu BLR untuk memuliakan diri sendiri? Mungkinkah dengan ciri-ciri yang Bank Islam ada, menyebabkan ramai orang yang bukan islam tidak tertarik dengan Bank Islam. Mereka selalu berkata..’ sama saja maaaa’.

Kadang-kadang kita harus memahami apa sebenarnya maksud ‘riba’. Oleh sebab itu, Bank Islam cuba untuk lari dari riba dangan menukar istilah iaitu dari feadah kepada profit. Atas istilah baru itu, apa sahaja bayaran yang lebih dikenakan bolehlah dihalalkan.Sedangkan maksud sebenar riba adalah lebihan atau tambahan (al-ziyadah) yang dikenakan ke atas pinjaman. Dan sebab utama riba (bayaran lebih) ini diharamkan adalah kerana Islam memandang ianya sebagai satu penganiayaan ke atas si peminjam, yang terpaksa menanggung jumlah bayaran balik yang jauh lebih tinggi dari apa yang dipinjamnya.

Sebagai contohnya, kalau dengan bank konvensional, pinjam RM100,000, bayar balik RM220,000, RM120,000 (bayaran lebih) itu adalah riba dan satu penganiayaan kepada si peminjam. Dengan Bank Islam pula, pinjam RM100,000, bayar balik RM250,000, bayaran lebih RM150,000 (jauh lebih tinggi). Adakah ini bukan riba dan bukankah satu penganiayaan?Malahan ia dihalalkan oleh Ustaz-ustaz yang disuap dengan gaji tinggi oleh pihak bank kerana anda menjaga kepentingan pelabur-pelabur mereka.

Cuba kita fikir sendiri. Kita ada rumah bernilai RM100,000 dan nilai tersebut sudah pun disahkan oleh jurunilai berdaftar mengikut harga pasaran. Tapi bila kita beli rumah tersebut dari Bank Islam secara ansuran, Bank Islam cakap harga jualannya adalah RM250,000. RM250,000 itu berdasarkan nilai pasaran 30 tahun akan datang. Adakah kita rela atau menyumpah-nyumpah dengan Bank Islam kerana ‘mark-up’ harga tahap maut? Takkan kita nak niat sedekah pada bank yang sudah sememangnya kaya-raya.

Lazimya, Bank Islam berhujah, bahawa “harga kami adalah tetap”. Tidak kira apapun terjadi harga sudah ditetapkan. Disinilah point Bank Islam untuk membela diri dan menyucikan diri, tetapi sesuatu yang kita harus tanya, apakan jadi dengan harta, jika dilelong atau telah muflis? Cara kiraan Bank Islam amatlah menyedihkan. Contohnya, katakan anda buat pinjaman RM100,000 dengan kadar 7.5% setahun untuk 30 tahun. Harga jualan bank islamik = RM 250,944. Sebulan anda bayar lebih kurang RM700 sebulan. Setahun, anda bayar RM8,400. 10 tahun anda bayar RM 84,000. Ditakdirkan, selepas 10 tahun, anda mengalami masalah kewangan dan tidak mampu bayar ansuran rumah lebih setahun. Rumah tersebut terpaksa bank lelong . Mengikut harga pasaran, rumah tersebut dinilaikan pada harga RM160,000. Tetapi kerana rumah itu dilelong pada harga murah, ia hanya dapat dijual pada harga RM 146,000 sahaja. Bank Islam akan buat pengiraan berdasarkan harga jualan yang sudah ditetapkan dari awal (RM250,944), tolak semua bayaran yang anda sudah buat selama 10 tahun (RM84,000) dan harga kutipan lelong RM146,000. Oleh kerana anda gagal buat bayaran dan rumah dilelong, bank tidak akan beri anda rebet atau diskaun. Mereka caj harga penuh. Selepas ditolak semua bayaran, anda masih lagi berhutang kepada bank RM20,944. Mahkamah perintahkan anda bayar baki hutang pada kadar RM100 sebulan dan selagi ia tidak selesai, anda masih diblack-list dari kesemua institusi kewangan (CTOS) sampai mati.

Ini bebeza dengan bank konvensional (Bukan nak memuji bank konvensional, sekadar ambil perbandingan) apabila rumah anda dilelong, jumlah yang boleh dituntut oleh pihak bank, hanyalah setakat full settlement amount selepas 10 tahun (RM 86,655) dicampur dengan tunggakan bayaran serta interest (katakanlah semua RM10,345). Dari harga lelong RM146,000, tolak full settelement value RM 97,000, anda masih dapat untung RM 49,000 dari harga lelong tadi. Memanglah anda kini takde rumah, tapi sekurang kurangnya anda tidak ditinggalkan dalam keadaan masih berhutang dengan pihak bank. Boleh jugak mulakan hidup baru dengan menyewa dan selesaikan hutang hutang lain.

Kadang2 terfikir mana yang lebih zalim… Mengapa sesuatu yang dibuat atas nama Islam boleh mengolah sistem kewangan sezalim itu?

Selalunya Bank Islam berhujah atas nama BLR. Ramai rakyat tidak tahu makna BLR ini. Kadang-kadang orang-orang bank menakut-nakutkan pengguna dengan BLR terutama jika berulang lagi krisi ekonomi.

Memang kita akui, kadar BLR akan berubah ubah dari masa ke semasa, tetapi ia tidak akan naik tidak tentu pasal. Jika ia dinaikkan, tentu ada sebab di sebaliknya. Sebagai contoh, tahun 1998 kadar BLR terpaksa dinaikkan kerana masalah manipulasi matawang ringgit di pasaran luar. Bila kadar pinjaman dinaikkan, ekonomi akan jatuh. Jika kita perhatikan, BLR naik pun tidak lama. BNM pun tahu, kalau kadar BLR disetkan tinggi, lama-lama orang tak mampu bayar loan mereka akan menderita. Kadar pinjaman tidak berbayar (non-performing loan) naik mencanak-canak. Selepas 2 tahun, kadar BLR jatuh kepada 6.8%, kemudian kepada 6.4% dan akhir sekali kepada 6.0%.

Hanya apabila harga petrol dinaikkan 30 sen, harga barang mula naik, inflasi juga mula naik. Untuk mengawal inflasi dan harga barang yang dikawal, maka BNM naikkan kepada 6.75% sekarang ini. Anda boleh refinance loan konvensional lama kepada loan baru yang menawarkan kadar lebih murah BLR , dengan FREE MOVING COST , tanpa ada yuran guaman. Pindah saja loan lama kepada bank baru yang menawarkan interest yang lebih murah. Malahan ada institusi kewangan yang sanggup beri fixed rate untuk loan konvensional sepanjang tempoh pinjaman seperti di AIA Assurance, Malaysian Building Society (MBSB), Citibank,CIMB Bank dan sebagainya. Mereka boleh offer 5.75%, 5.99%, 6% fixed rate loan, Rasa-rasa mana yang lebih mahal? Loan konvensional atau loan islamik? Sekalilagi saya tegaskan, bukan untuk memuji bank konvensional, sekadar buat perbandingan, sahaja dan untuk melihatkan Bank Islam dan Bank konvensional tiada bezanya.

Ini satu lagi, produk Bank islam yang didakwa adil dan mencerminkan keislaman iaitu rebet(ibra’) Apa itu ibra’? Ianya hanya sekadar gimik Sistem pinjaman Islam. Kita abmil contoh keadah ibra ni, berpandukan contoh pinjaman rumah tadi, setelah membayar pinjaman rumah selama 10 tahun (total payment RM84,000), nilai full settlement untuk loan konvensional adalah RM 86,655. Anda bayar RM 84,000, hanya untuk mengurangkan baki pinjaman sebanyak RM 13,345. Ini yang orang dulu mengamuk, bayar punyalah banyak, tapi baki pinjaman baru berkurangan sikit. Kebanyakan bayaran selama ni, hangus sebagai interest (bayaran lebih) kepada bank sahaja. Ini yang banyak dijadikan modal oleh islamik bank untuk menjatuhkan sistem interest oleh bank konvensional, kononnya tak telus. Padahal, orang mengamuk sebab mereka tidak ada pengathuan tentang sistem pengiraan loan.

Kalau anda pakai loan islamik, setelah bayaran 10 tahun RM84,000, anda buat full settlement, bank islamik akan tolak RM 84,000 dari harga jualan RM 250,944. Baki hutang sepatutnya RM 166,944. Tetapi oleh kerana anda selesaikan pinjaman awal, maka bank islamik minta bayaran RM 86,655 sahaja lah. Lagi RM 80,289 kira diskaunlah, rebet ibra’ dari bank islamik. Banyak tuh RM80,000 diskaun, mana nak dapat? Kan bank islamik bermurah hati.

Padahal, nilainya sama sahaja dengan full settlement loan konvensional. Tapi diwar-warkan seolah olah Bank Islam sangat bermurah hati bagi diskaun RM80,000. Sedangkan dari sudut teknikal, apabila anda selesaikan pinjaman lebih awal, pihak bank TIDAK BERHAK UNTUK TUNTUT INTEREST / PROFIT untuk baki tempoh pinjaman. Mereka hanya berhak ke atas tempoh sebelum penyelesaian awal sahaja.

Cuba anda bandingkan sendiri, nilai early settlement dari loan konvensional dan loan islamik? Yang mana lebih murah? Kadangkala early settlement dari islamik loan lebih tinggi sedikit dari loan konvensional kerana mereka kenakan penalti caj yang lebih tinggi. Untuk kepastian, cuba anda selidik sendiri dan semak betulkan ada diskaun seperti yang dinyatakan, atau sekadar GIMMICK SAHAJA? Yang menjadi masalah sekarang, loan islamik tidak memgambil kira bayaran lebih yang anda lakukan untuk kurangkan profit yang dicaj ke atas loan anda. Ini berlaku terutamanya dalam pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Selagi pinjaman tidak dilangsaikan penuh, apa jua bayaran lebih tidak dikira untuk kurangkan total profit. Ini berbeza dengan loan konvensional di mana anda boleh bayar lebih untuk kurangkan baki pinjaman anda. Baki pinjaman berkurangan, interest yang dikenakan juga berkurangan.

Disini juga harus diingat, Bank Islam bukan penjual rumah, kereta atau barangan kedai. Mereka adalah insititusi yang beri khidmat kewangan dan khidmat kewangan mereka, banyak datang dari meminjamkan duit pelabur pelabur mereka kepada orang ramai. Yang kadang-kadang menjadi masalah, mereka mengenakan profit yang terlalu tinggi dari modal asal barang tersebut. Apabila si penjual mengenakan profit yang terlalu tinggi, ia mirip riba juga, iaitu riba al-Fadl. Ada dalil dari Quran yang menyatakan, adalah haram bagi seseorang yang mengenakan riba (bayaran lebih) berlipat ganda.

Harus diingat juga, sistem ekonomi Islam bukan dibina dengan niat untuk membuat keuntungan semaksima yang boleh seperti sistem kapitalis. Ekonomi Islam mempunyai etika jual-belinya sendiri yang perlu kita patuhi dan etika ini menyarankan kita berbuat baik sesama orang lain, bukan menzalimi mereka.

Tahukah kita ada beberapa sistem dalam Bank Islam ditiru dari bank konvensional. Contohnya, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Mereka kata pinjaman Bank Islam bukan terjemahan dari pinjaman konvensional, tetapi jika kita selidik, kita akan dapati ianya di ‘copy’ bulat-bulat produk konvensional.

Bagaiman ia terjadi?

Ambil contoh pinjaman peribadi di sebuah bank A. Pinjaman ditawarkan pada 5.6% setahun sahaja untuk tempoh 5 tahun. Pinjam RM10,000, sebulan bayar RM 213 sahaja selama 60 bulan. Kononnya cukup murah 5.6%! Ramai orang tak tahu, 5.6% setahun itu bukanlah kadar sebenar pinjaman. Sebaliknya ianya adalah kadar nominal sahaja. Dalam erti kata lain, kadar pada nama sahaja. Pinjaman islamik meniru sahaja format pinjaman peribadi konvensional, yang gemar publishkan kadar nominal, dan bukannya kadar sebenar.Kadar sebenar untuk pinjaman tersebut, perlu anda rujuk mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate) dalam loan agreement anda. Itulah kadar sebenar pinjaman anda dan ia dinyatakan pada kadar 10.2% setahun.

Itulah, kadang-kadang kita pun tak tahu mengapa orang-orang Bank Islam tidak berterus terang dalam hal ini. Mereka ni tidak tahu ke atau mereka menganggap orang-orang awam tidak tahu apa-apa?

Pinjaman kereta adalah satu lagi masalah Bank Islam. Ramai penarik-penarik kereta ala samsing berlambak mencari senarai nama peminjam yang lambat bayar ansuran. Mengapa badan yang berasakan Islam boleh mengupah samseng tarik kereta, untuk mengugut peminjam peminjam yang bermasalah?. Bila kereta dilelong, harga kereta jauh lebih rendah dari harga jualan pinjaman kereta. Si peminjam, sudahlah kena caj upah tarik kereta yang mahal, kemudian setelah kereta dilelong pun, masih menanggung hutang yang tidak habis sebab takde rebet. Berterusanlah si peminjam kena blacklist, menanggung hutang pinjaman kereta walaupun kereta sudah dilelong. Tetapi sebelum buat pinjaman kereta ini, cukup manis kata-kata mereka – pinjaman islamik yang telus dilakukan dengan akad sewa beli. Bila anda membeli kereta dengan skim pinjaman islamik mereka, anda umpama menyewa kereta dari mereka. Orang sewa kereta, kalau dah pulangkan, tidak perlu bayar sewa lagi. Tapi peminjam yang kereta sudah dilelong pun, masih kena blacklist dan tanggung hutang kadang-kadang sampai mati.

Artikal ini bukan hendak menjatuhkan Islam. Hanya sekadar hendak memberi sedikit penerangan supaya sistem yang sedia ada boleh dibaikpulih dan lebih berwajah Islam. Tidak guna menggunakan nama Islam tetapi sistem masih jahlliah dan penuh kezaliman. Biarlah Bank Islam didirikan atas dasar ingin membantu memajukan umah bukan untuk menindas ummah. Sampailah masanya, kerajaan harus bertindak membersihkan sistem Bank Islam atau sistem kewangan Islam. Apatah lagi dengan rekod Bank Islam yang telah mengalami kerugian. Mungkin, jika tidak diubah, orang Islam sendiri tidak akan dapat melihat kemuliaan dan kesucian Islam apatah lagi orang-orang bukan Islam.. Sejarah telah banyak membuktikan bahawa dari tangan orang Islam sendiri yang banyak menjatuhkan Islam.

walhualamm

artikal dari http://www.terjah.com