Archive for September, 2009

September 28, 2009

Motor hilang! Boleh tolong carikan?

“Motor ikhwan tak dok doh kena curi, kesian dio”, usik Baini.

“Buke motor ikhwan tapi moto ma ikwan hile”, balas anak kecil berusia  5 tahun itu dalam loghat Kelantan.

Kisahnya ibu ikhwan telah kehilangan motorsikal selepas bapanya ke warung makan petang semalam. Motosikal itu hilang ketika bapanya sedang asyik bersebang di warung tersebut. Selepas disedari motosikal hilang bapanya dan rakan-rakanya cuba mencari motosikal tersebut disekitar Kota Bharu namun usaha itu sia-sia sahaja kerana motosikal tersebut tentu sekali dah selamat disembelih oleh pencuri tersebut. Kemudiannya dia membuat laporan kehilangan motosikal di Balai Polis sebagai ambil syarat sahaja.

Kehilangan motosikal bukan perkara baru bagi aku kerana banyak cerita pernah aku dengar termasuklah teman-teman rapatku. Aku masih ingat lagi macam mana Motorsikal RX-Z warna Merah Malboro kepunyaan Alim hilang. Motosikal tersebut hilang dipekarangan rumah sewa kami di Shah Alam. Ianya diletakkan di hadapan pintu pagar kerana dia balik sedikit lewat  dan telah menjadi kebiasaan penghuni rumah sewa kami mengamalkan “first come first serves” memandangkan ada sebanyak 12 buah motosikal. Maka malam tersebut Motosikal Alim pun terselamatlah dicuri dan tentu sekali disembelih hidup-hidup.

Untuk dijadikan cerita sebenarnya rumah sewa kami sudah dimasuki pencuri 2 bulan sebelum kejadian diatas. Dua biji telefon bimbit telah dicuri semasa pemiliknya sedang tidur. Bagi mengelak kejadian serupa berlaku Nazim dan salah seorang mangsa, Yusri berikthiar untuk menggunakan khidmat Pengamal Perubatan Islam Darussyifa bagi memagari rumah sewa kami. Mereka di beri empat biji paku untuk ditanam di empat penjuru rumah sebagai “pagar” daripada dimasuki pencuri. Namun usaha tersebut tidak berhasil kerana Motosikal Alim tetap hilang. Rupa-rupanya Nazim bukannya menanam paku itu di empat penjuru rumah tetapi menanamnya di empat penjuru padang kecil rumah tersebut kerana empat penjuru rumah tersebut bersimen tidak boleh ditanam.

Walaupun pelabai ikhtiar diusahakan tetapi kes kecurian motosikal tetap terjadi. Nak disalahkan kepada Polis pun tidak boleh juga sebab kalau aku jadi Polis pun tentu amat sukar mengesan motorsikal hilang kena sembelih oleh pencuri. Kalau kita tengok statistik kes curi motosikal pada tahun 2008 sahaja sebanyak 36,766 kes dilaporkan tidak termasuk kes kecurian lain seperti kereta, lori dan basikal. Namun begitu ada beberapa tip aku nak kongsi bagi melambatkan pencuri mencuri motosikal sepeti di bawah.

1. Membiarkan motosikal dalam bergear.

2. Beli motosikal brand tak popular seperti Suzuki.

3. Pasang tracking system (GPS).

4. Pasang alarm.

5. Beli pedlock yang mahal harga lebih RM100. Jangan guna fork lock atau solex.

6. cabut plug motor.

7. berdoa.

8. Jangan parkir tempat yang sunyi.

Tip diatas aku ambil dari comment pembaca blog Kaloi.

Selamat mencuba, jika ada sesiapa ada tip lagi boleh bagi comment sikit.

September 16, 2009

Bas Sekolah 1Malaysia?

Pagi ini seperti biasa aku menaiki motosikal ke Sungai Buloh dari Putrajaya. Walaupun masih terasa dingin pagi niatku ke pejabat tetap diteruskan demi sesuap nasi untuk menyara keluaragaku. Motosikalku terus membelah pagi ke laluan yang biasa aku lalui. Pagi masih gelap lagi namun sinar mentari sudah haus-haus kelihatan di langit hitam.

Laluan aku menuju ke persimpangan UPM dan berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan lain melintasi simpang itu. Sambil aku leka menanti lampu bertukar ke hijau tiba-tiba sebuah Bas Sekolah keluar dari arah Mines dan membelok ke UPM menarik perhatianku. Aku perhatikan seorang remaja berdiri di tangga bas tersebut lengkap beruniform serba putih, berbangsa India. “Macam aku juga!”,  desisku mengingat kembali zaman remaja dulu suka bertengek ditangga bas. Aku sempat perhatikan pemandu dan penumpangnya sekali, semuanya berbangsa India. Aku mula terfikir mungkin bangsa India semuanya perkauman sehingga Bas Sekolah pun mesti berbangsa India.

Selang sebuah kereta selepas Bas Sekolah tadi aku tertarik dengan sebuah van yang tertulis “Bas Sekolah”. Seperti sebelum ini aku juga perhatikan pemandu dan penumpangnya, semuanya berbangsa Cina. Tanggapan aku sebelum ini mula goyah, bukan sahaja Bangsa India perkauman tetapi cina pun sama. Tak lama selepas itu sebuah van berwarna putih pula melintas didepanku juga menarik perhatianku kerana van tersebut juga membawa pelajar sekolah. Aku perhatikan pemandu dan penumpangnya sekali tapi kali ini semuanya berbangsa Melayu. Aku terperanjat semua tanggapan aku tadi sebenarnya salah tetapi hakikatnya rakyat malaysia ini memang perkauman. India dengan bangsanya, cina dengan bangsanya dan melayu juga dengan bangsanya.

Hati aku mula menyoal bagaimanakah Perdana Menteri kita hendak jadikan malaysia ini sebagai 1Malaysia? Bas Sekolah pun tidak boleh dijadikan Bas Sekolah 1Malaysia sedangkan pelajar sekolah adalah teras asas pembentukan negara majmuk. Seperti kata bidalan “Melentur aur biar daripada rebung”. Rupanya iklan TV petronas sempena hari kemerdekaan arahan Yasmin Ahmad mengenai percintaan Tang Hong Ming dengan pelajar melayu sebenarnya elok-elok sahaja hakikatnya kita sebenarnya hidup perkauman sejak dari bangku sekolah lagi. Sejauh manakah retorik 1Malaysia akan berjaya?? Adakah seusia Islam Hadhari?

September 14, 2009

Gempar! anak kecil hilang di Masjid Kg Baru

 Tempat Nikah : Masjid Jamek Kg Baru - Fotopages.com

Keadaan di luar masjid riuh-rendah menggangu kekhusyukan Pak Sheikh yang sedang  solat Ashar. Tiba-tiba ada  seorang lelaki melintas Pak sheikh yang sedang khusyuk bersembahyang.

“Ish, lintas orang tengah sembahyang! Tak nampak orang ke?”, Pak sheikh mengeluh dalam hatinya terkejut dengan perbuatan lelaki tadi. Kemudian Pak Sheikh meneruskan solatnya. Selepas solat dia melihat ada beberapa lelaki melilau keluar masuk masjid seperti mencari barang hilang.

“Cari apa bang?”, tegur Pak sheikh kepada salah seorang lelaki tadi.

“Cari kanak-kanak hilang. Anak lelaki itu”, sambil menunjuk kepada seorang lelaki yang memakai baju petak merah dan biru. Tengok daripada raut wajahnya jelas kelihatan kerisauan kehilangan anaknya.”Anaknya tiba-tiba hilang selepas masuk dalam masjid ni.” sambung lelaki tadi.

Tiba-tiba keadaan diluar masjid menjadi bising. Pak sheikh terus berlari keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

“Kau nak culik budak ni ya!,” laung seorang lelaki sambil memegang tangan seorang lelaki memakai kopiah putih. Tangan lelaki itu sedang memimpin seorang kanak-kanak kecil berusia lebih kurang dua tahun.

“Sabar bang! saya jumpa budak ni main atas mimbar masjid tadi.”

“Kau jangan nak tipu nanti aku bawa kau ke balai.”  tegas lelaki itu.

Pak sheikh melihat lelaki berkopiah itu dan mengecamnya kerana lelaki itu mengambil wuduk bersamanya. Semasa sembahyang lelaki itu mengambil tempat dekat dengan mimbar masjid.

“Nanti dulu! Dia ni tak bersalah, dia ada sembahyang bersama saya tadi,” dengan pantas Pak Sheikh memberi penyaksiannya. Keadaan yang panas dan tegang tadi  kemudiannya menjadi reda. Budak kecil itu kembali kepada bapanya. Semuanya selesai secara aman tapi sedikit kekesalan kerana masyarakat sudah menjadi fobia dengan kehilanagan anak sejak kes Nurin dulu.

Salah siapa? Jika diperhatikan kepada situasi di atas Bapanyakah? lelaki berkopiah atau lelaki garang itu tadi? Tiada jawapan yang tepat untuk disimpulkan kepada masalah itu. Pasti, masyarakat sudah mula berasa bimbang tentang keselamatannya. Mereka mula mencari salah orang lain manakala orang yang benarpun takut untuk membantu.

Keadaan ini amat merisaukan penulis kerana sejak kebelakangan ini pelbagai kes jenayah berlaku mencuri, meragut,merompak dan menculik yang banyak dilaporkan di dada akhar harian. Walaupun ada kes yang dapat ditangkap penjenayah dan ada yang belum di tangkap seperti kes Nurin. Manakala penjenayah masih bebas diluar mengancam keselamatan masyarakat namun bagi penjenayah yang telah ditangkap dan dihukum belum ada jaminan mereka tidak mengulangi perlikaku jenayahnya.

Penulis berharap kerajaan bertindak dengan segera untuk menyelesaikan masalah ini kerana pada pendapat penulis sedakat ini pihak berkuasa belum membuktikan kepada masyarakat bahawasanya kes jenayah di negara ini berkurangan dan dapat dikawal. Penulis juga bersetuju dengan tindakan PAS untuk membantah tindakan kerajaan menyambung kontrak Tan Sri Musa sebagai Ketua Polis Negara kerana KPInya amat menduka citakan malah kes-kes jenayah yang menjadi tarikan umum juga dipersoalkan seperti Kes Pembunuhan Altantuya, kes liwat Saiful, Kes Teoh dan banyak lagi. Akhir sekali penulis ingin melihat negara kita aman dan makmur. wasalam.