Malaysia saksi kelahiran bintang Thierry Henry. Malaysia bila lagi ?

Siapa tidak kenal dengan Thierry Henry, seorang pemain lincah kelahiran Perancis. Dia juga membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 1998, Juara Piala Eropah 2000 dan Naib Juara Piala Dunia 2006. Sedarkah kita dia juga pernah beraksi di Piala Dunia Belia 1997 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.

Selain daripadanya Perancis juga melahirkan beberapa lagi pemain ternama dalam skuad Piala Dunia Belia 1997. Nama seperti Willy Sagnol, William Galas, Nicolas Anelka dan David Trezeguet sudah tidak asing lagi di Eropah dan dunia. Selain daripada Perancis, Argentina juga melahirkan beberapa bintang dalam kejohanan yang sama seperti Juan Roman Riquleme dan Pablo Aima.

England juga melahirkan tiga bintang pada kejohanan tersebut. Mereka adalah Matt Upson yang menjaringkan gol tunggal England ketika tewas 4-1 kepada Jerman dalam Piala Dunia 2010, Michael Owen bermain untuk negaranya sebanyak 89 kali dengan menjaringkan 40 gol dan Jamie Carragher pemain bintang Liverpool.

Malaysia bila lagi ? Nama bekas-bekas pemain pada kejohanan tersebut tidak pernah kita ketahui. Adakah mungkin pembangunan bola sepak Malaysia ketika itu ada banyak kepincangan ? Sudahkah kita belajar daripadanya ?

Syabas dengan Keberanian K.Rajagobal menurunkan pemain muda pada kejohanan Piala Suzuki AFF adalah wajar sekali dan membanggakan. Mereka juga telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kita akan melahirkan bintang bola sepak sedikit masa lagi. Adalah menjadi harapan penulis untuk meneruskan program pembangunan mereka. Jadikan skuad Piala Dunia Belia 1997 sebagai penggajaran.

Malaysia merupakan kuasa besar dalam bola sepak Asia sekitar 50an, 60an, 70an dan awal 80an. Kita juga pernah mewakili Asia pada Sukan Olimpik 1972 di Jerman Barat dan 1980 di Moscow. Penulis berharap skuad kendalian K.Rajagobal ini akan mengembalikan maruah dan kejayaan Malaysia yang pernah kita kecapi satu masa dahulu.

Malaysia juga perlu mencontohi Ghana sebuah negara dari Afrika yang mempunyai pembangunan bola sepak yang cemerlang. Ketika Piala Dunia 2010 mereka menghantar pasukan paling muda dengan purata umur 23 tahun. Mereka membuktikan kejaguhannya apabila mengakhiri kempen Piala Dunia di Suku Akhir. Malah skuad belia Ghana juga menjuarai Piala Dunia Remaja 2009 sebagai pelapis.

Dalam kesempatan tiga hari cuti yang lalu penulis juga sempat menulis sebuah e-book untuk berkongsi kejayaan. E-book ini adalah sebagi cenderhati kepada Skuad Malaysia dan Penyokong Malaysia. Ianya boleh di muat turun di PIALA SUZUKI kini milik MALAYSIA

Akhir sekali penulis mengucapkan Tahniah ! Tahniah ! Tahniah ! kepada pasukan Malaysia dan penyokong Malaysia. Semoga Pasukan Malaysia akan beraksi pada pentas Piala Dunia satu hari nanti.

Leave a comment